Assalamualaikum...
Persamaan
- Pasti setiap pasangan merasakan mereka adalah pasangan yang sesuai
kerana memiliki persamaan yang terlalu banyak. Tidak kiralah sama ada
persamaan itu terhadap cara hidup, perbelanjaan, pemikiran atau
sebagainya. Tetapi menurut kajian daripada Sam R. Hamburg, Ph. D dan
penulis Will Our Love Last?. Sekiranya terdapat banyak
ketidaksamaan/kontra antara sesebuah pasangan itu adalah lebih baik
kerana ia merupakan fitrah manusia yang saling melengkapi. Tetapi kajian
ini tiada bukti yang kukuh dan ini hanya rumusan yang dibuat oleh
beliau.
Kami
- Seoarng pasangan yang sesuai juga selalu menggunakan istilah "kami".
Istilah kami yang dimaksudkan adalah mengenai perkongsian masalah,
kegembiraan, kesedihan dan sebagainya bersama pasangan. Sekiranya salah
seorang daripada pasangan masih memikirkan mengenai kepentingan peribadi
atau kehidupan secara individu, berkemungkinan mereka belum sesuai
hidup berpasangan. Tetapi mungkin tidak kesemua isu perlu diberitahu
kepada pasangan. Sekiranya sesuatu isu itu akan bergantung terhadap
pemikiran, perwatakan, sikap dan cara seseorang dalam mengendalikan
masalah.
Masalah
- Setiap pasangan pasti akan dilanda masalah. Mungkin akan menyebabkan
mereka bergaduh dan sebagainya. Apa yang ingin disampaikan bukanlah
mengenai masalah. Tetapi cara kepada penyelesaian masalah itu. Apakah
sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu bersama pasangan. Masa
untuk menyelesaikan sesuatu masalah tidak lah berapa penting kerana
ianya bergantung terhadap keseriusan sesuatu masalah, cara
mengendalikannya dan sebagainya. Tetapi sekiranya dirasakan terlalu
sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana tiada kerjasama di
antara kedua-dua belah pihak, mungkin mereka merupakan pasangan yang
tidak sesuai.
Keluarga
- Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa samada keluarga suka atau
tidak adalah tiak penting, asalkan mereka saling menyayangi. Ianya
mungkin benar dan mungkin salah kerana tiada bukti kukuh menyatakan
bahawa setiap pasangan yang di halang keluarga akan hidup tiak bahagia,
atau setiap pasangan yang direstui akan hidup bahagia. Ianya bergantung
kepada diri masing-masing. Tetapi apa yang penting adalah usaha untuk
memikat hati keluarga masing-masing. Sekiranya hanya dibiarkan dan tidak
berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada keluarga bahawa
mereka sudah betul-betul bersedia untuk menjadi pasangan, itu salah satu
petunjuk bahawa mereka masih bersikap mementingkan diri
sendiri/individu.
Perbincangan
- Pasangan yang sesuai amat sukakan perbincangan. Ini adalah kerana
ianya cara terbaik untuk mencapai sesuatu keputusan tanpa berat sebelah.
Sesuatu keputusan yang berat sebelah akan menimbulkan pelbagai masalah
dan ianya merupakan petunjuk awal bahawa seseorang itu tidak menghargai
dalam kehidupan berpasangan. Tolak ansur juga amat diutamakan dalam
perbincangan. Sekiranya hanya berbincang tetapo amat sukar untuk
mendapat keputusan bersama, ia mungkin juga menunjukkan anda pasangan
yang tidak bersesuaian. Cara berkomunikasi dalam perbincangan adalah
amat penting dan ianya haruslah tidak untuk bersifat peribadi.
senjamendamaikan.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan