Seorang pengarah filem Perancis telah mengumumkan masuk Islam dalam
akaun Facebook-nya, tidak lama selepas insiden serangan Charlie Hebdo
yang mempengaruhi peningkatan pelbagai gerakan anti Islam di Eropah
akhir-akhir ini.
"Hari ini, saya melewati tiang pertama Islam. "Tidak ada Tuhan selain
Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya," kata Isabelle Matic dalam mesej
yang dipaparkan di laman Facebook-nya pada 11 Januari, sebagaimana
dilaporkan Onislam dan Mi'raj Islamic News Agency (MINA).
Tidak hanya itu, posting-posting pengarah itu di jejaring sosial kini
berkaitan dengan agama yang dianutnya, termasuk ucapan terima kasihnya
kepada pelakon asal Maghribi Hicham Bahloul kerana membantu penyiaran
keislamannya di sebuah akhbar di Maghribi.
Dalam posting lain, beliau menjelaskan bagaimana dirinya mengambil
keputusan besar itu dan mempengaruhi keyakinannya mengenai kebebasan
bersuara.
"Sejak serangan di (tabloid mingguan) Charlie Hebdo dan peristiwa lain
yang saya ikuti: Saya menjadi seorang Muslim," tulis Matic.
Menurutnya, karikatur Muhammad yang dibuat oleh majalah sindiran Charlie
Hebdo bukanlah Nabi terakhir dalam Islam yang dimuliakan, kerana mereka
mengolok-ngolok tanpa mengetahui siapa sebenarnya Nabi Muhammad
Shallallahu alaihi wasallam.
"Mereka mengolok-olok Muhammad dan tidak membahayakan Muhammad. Mereka
mengolok-olok watak yang mereka bayangkan dan memberinya nama, orang itu
bukan Muhammad Nabi kita," tulisnya.
Alasannya menurut Matic, Rasulullah pernah mengalami masa-masa seperti
ini di awal kenabiannya dan dia hanya tersenyum dengan membalas, "mereka
mengolok-olok Modamam (ejekan orang Makkah jahiliyah) bukan aku".
"Kebijaksanaan adalah jawapan untuk setiap provokasi. Dan ini adalah apa yang diajarkan Rasulullah kepada kita," tambah Matic.
Dalam edisi Rabu-nya, Charlie Hebdo menerbitkan tokoh kartun yang mereka
dakwa sebagai Nabi Muhammad, yang kemudian menuai kontroversi dan
menimbulkan serangan Muslim terhadap pejabatnya beberapa waktu lalu,
sehingga menewaskan 12 orang krunya.
[MINA]
p/s: Petikan dari kata-kata Matic di atas iaitu "Kebijaksanaan adalah jawapan untuk setiap provokasi. Dan ini adalah apa yang diajarkan Rasulullah kepada kita."
Orang yang baru kenal Islam pun faham tentang kebijaksanaan yang
sepatutnya kita contohi dalam menanggapi pelbagai tohmahan dan
provokasi. Bagaimana kita yang kononnya sudah Islam dari lahir, tetapi
masih cepat melenting, melalak dan mengeluarkan kata-kata celupar
setelah di provoke oleh pihak lain? Itu kah yang Nabi S.a.w ajar dan
suka kita buat?
Kononnya kerana kasih kita pada Nabi S.a.w, tetapi kita buat sesuatu
yang menjatuhkan imej Muslim, membahayakan nyawa dan maruah orang lain,
dan menunjukkan akhlak yang tidak sopan kepada umum. Renung-renungkan
sedalam-dalamnya .......
Muslim sepatutnya tenang dan bersikap matang dalam apa jua provokasi. Biar orang agama lain tengok Muslim ini tenang dan sejuk, tak peduli apa orang lain nak tuduh dan kata. Baru lah insyaAllah non-Muslim akan tertarik kepada agama yang PEACE @ DAMAI ini. Bayangkan jika ada yang tertarik kepada Islam dan masuk Islam kerana akhlak kita itu, tak mahu kah kita kepada saham yang tak ternilai itu? Masya Allah.
Nak dakwah orang kepada Islam dan tarik orang supaya peluk Islam tak hanya dengan berbuih mulut berdebat dan berdiskusi, Tetapi dengan AKHLAK kita pun insyaAllah akan membuat orang tertarik, dan itulah contoh yang telah ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah S.a.w.
Kalau ada yang tak makan saman juga dengan cara ini, itu baru kerana hati mereka sudah terlalu keras dan suka menentang. Itu tidak hairan kerana setiap zaman akan ada golongan yang engkar dan menentang ajaran para rasul a.s.
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Wallahu a'lam .......
unikversiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan