1. Berkhidmat dengan rasa puas serta taat padanya.
2. Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang
berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
3. Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya.
Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara
pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
4. Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.
Apabila anda mengengkari perintahnya, bererti anda melukai hatinya.
Apabila anda membuka rahsianya bermakna anda tidak akan selamat daripada
pengkhianatannya.
5. Janganlah anda bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.
6. Jadilkanlah diri anda seorang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
7. Jadikanlah diri anda seorang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
(Pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya yang bakal
berkahwin dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. “Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah
mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai
dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan
kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup
tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan
untuk wanita. Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan
rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu
untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman
hidup yang baharu.)
http://eberita.org
Tiada ulasan:
Catat Ulasan