UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN:
Abu Mas’ud Albadri r.a.
berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; “Barangsiapa membaca dua
ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang
membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang
malam).” (Riwayat Bukhari & Muslim)
UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN:
Ibnu Abbas r.a.
bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi
Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia
mengangkat kepalanya dan berkata: “Ini sebuah pintu dilangit, pada hari
ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:
“(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah
s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum
kamu iaitu: FATIHUL KITAB dan akhir SURAH AL-BAQARAH. Tiada engkau
membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi).”
(Riwayat Muslim)
(Surah AL-BAQARAH: 285-286):
"Rasulullah telah
beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga
orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka
berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain
Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat
kembali.
Allah tidak memberati
seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala
kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan