TITIK
balik awal kehidupannya terjadi saat kematian Yash Chopra - pengarah
ternama Bollywood. Boleh dikatakan ia mengalami kemurungan berat
sepeninggalan orang terdekatnya itu, lapor laman web
Islampos.
"Saya
sangat dekat dengan Yash Chopra. Kematiannya benar-benar menggegarkan
kehidupan saya. Saya begitu tertekan," kenang dia seperti yang
dilaporkan oleh Muslimvillage, Ahad (28/12/2014).
Murcyleen
Peerzada, seorang pelakon Bollywood yang di kala itu terbiasa hidup
mewah. Namun, seperti yang dituturkan Peerzada selepas kematian Yash
Chopra ia mula berfikir tentang kehidupan dan kekuatan yang lebih tinggi
yang mengawal segalanya.
"Ketika kemurungan, entahlah saya tiba-tiba dan tidak sengaja melihat ceramah Nouman Ali Khan dan Yasmin Mogahed."
Ketika
mendengar ceramah itu, Peerzada terkejut. Ia seperti mendengar nasihat
langsung daripada Tuhan. Dan itulah titik balik kehidupannya.
"Saya mula berdoa dua kali sehari. Setiap doa itu, saya meminta Tuhan membimbing saya menunjukkan jalan yang benar," katanya.
Malamnya,
ia memutuskan arah masa depan kehidupannya. Ia mula belajar Islam di
bawah bimbingan Farah Naik, isteri Zakir Naik. Selepas itu, Peerzada
menjadi muallaf. Beliau pun menjadi aktivis Yayasan Islam Zakir Naik.
Penampilannya
kini berubah setelah menjadi Muslim. Peerzada telah memakai tudung.
Pembantu pengarah filem 'Ek Tha Tiger' ini, bergaya hidup sederhana. Ia
sumbangkan seluruh koleksi busana dan aksesori yang dimilikinya kepada
rumah anak yatim.
"Sebelum saya memakai tudung, saya perlu tahu
kenapa saya harus memakai. Ini bermaksud, saya ingin apa yang saya
kenakan kerana Allah dan kebenaran."
[Ra/islampos/muslimvillage]
http://www.harakahdaily.net/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan