Tanpa kedua-dua tangan yang terpaksa dibuang
akibat perang Iraq, tuah dialami Ali Abbas memang sangat menggembirakannya.Dalam
serba kekurangan itu, Ali berpeluang mengahwini gadis yang menjadi pujaannya
sejak kecil. Kini menetap di Britain, Ali, 21, berkahwin dengan Ankam Hamza,
18, dalam majlis penuh emosi yang dilangsungkan selama dua hari di bumi
kelahirannya.
Ali pada tahun 2003 |
Menceritakan pengalaman itu untuk kali
pertama, Ali berkata, dia bukan saja tidak menyangka dapat menikahi Ankam,
malah tidak menyangka terselamat dalam serangan peluru berpandu Amerika
Syarikat (AS) di Baghdad sembilan tahun lalu.Sebagai seorang daripada mangsa paling
parah dalam perang Iraq, Ali tidak diberi banyak harapan untuk hidup bagi
meraikan ulang tahun ke-13. Banyak pihak juga tidak menjangkakan Ali berpeluang
menjadi seorang suami. Selain kehilangan kedua-dua tangan, Ali juga mengalami
kesan melecur pada 60 peratus badannya.
Ali bersama isteri tersayang Ankam Hamza |
Ali juga kehilangan 16 anggota keluarga,
termasuk ibu bapanya. Gambar penderitaan Ali itu tersebar ke seluruh dunia dan
dia menjadi wajah ikon bagi konflik berkenaan. Kata Ali, dia tidak sangka
diberi peluang untuk terus hidup.“Saya tak pernah membayangkan dapat mencintai
seorang wanita dan yang paling pasti, tidak sangka ada peluang berkahwin,”
katanya. Menurut Ali, pada hari pernikahan, emosinya bercampur-baur antara
sedih dan gembira.Bagaimanapun, katanya, dia lebih terfikir bahawa dia sangat
bertuah kerana dapat bertemu seorang wanita seperti Ankam.
Ali semasa di hospital Kuwaiti |
“Memang saya tahu Ankam adalah pilihan tepat
kerana dia tidak pernah membiarkan saya terfikir bahawa saya memiliki
kekurangan.“Apabila bersama Ankam, saya berasa seperti lelaki normal,” katanya.
Menurut Ali, dia sentiasa dibayangi tragedi pada 2003 itu dan ia turut mengubah
hidupnya. Katanya, pada ketika tertentu, dia terdengar jeritan ahli keluarganya
ketika bumbung dan siling rumah runtuh menimpa mereka akibat peluru berpandu AS.
Ali bernasib baik kerana dikesan seorang jiran masih bernafas di bawah runtuhan
bangunan berkenaan.
Selepas dikeluarkan, dia dikejarkan ke
hospital.Penderitaan Ali menyentuh perasaan berjuta orang di seluruh dunia
apabila anggota perubatan di Iraq merayu supaya dia diterbangkan ke Kuwait bagi
menjalani pembedahan menyelamatkan nyawanya. Akhirnya Ali diterbangkan ke
Britain dan diberi bantuan tangan palsu di Hospital
Ratu Mary di selatan London. Pada Jun 2010,
Ali lulus ujian kewarganegaraan dan disahkan sebagai warga Britain. Sejak itu,
Ali pulang ke Iraq beberapa kali untuk bertemu saudara-maranya yang terselamat
dalam perang. Dalam kesempatan itu Ali diperkenalkan kepada Ankam yang pernah
menjadi temannya ketika zaman kanak-kanak. - mymetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan