Sabtu, 29 Disember 2012

Sejarah Pembinaan KLCC Yang Jarang Di Bongkarkan!!…

KLCC night (Gambar) Sejarah Pembinaan KLCC Yang Jarang Di Bongkarkan!!...

Menara Berkembar Petronas ataupun lebih dikenali sebagai KLCC adalah satu mercun yang menjadi kebanggan kita sebagai penduduk di Malaysia..Pernah menjadi sebuah menara yang tertinggi di dunia pada satu ketika dahulu… Ianya sekaligus menaikkan nama Negara Malaysia di serantau dunia…Tetapi berapa ramaikah yang tahu akan sejarah pembinaan KLCC ???







Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar Petronas masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.

Struktur Pembinaan

KLCC tidak tiba-tiba sahaja terbina. Atau ia juga tidak jatuh dari langit. Hampir 7 tahun dihabiskan untuk membina struktur yang masih memegang takhta ‘Bangunan Berkembar Tertinggi’ di dunia ini. Arkitek yang bertanggungajawab merekabentuk binaan ini, Cessar Pelli, diimport khas dari Argentina. Tiga kontraktor asing dijemput untuk memantau dan menyelenggara pembinaan KLCC; Hazama Corporation dari Jepun, Samsung C&T dan Kukdong Engineering dan Construction, kedua-duanya merupakan syarikat gergasi di Korea Selatan. Keseluruhannya, $1.6 billion telah dihabiskan untuk membina KLCC.

fff (Gambar) Sejarah Pembinaan KLCC Yang Jarang Di Bongkarkan!!... 

KLCC mempunyai 88 tingkat keseluruhannya dan ketinggian rasmi KLCC seperti yang dicatatkan adalah 451.9m. Apa yang lebih menarik tentang bangunan ini adalah pengasimilasian motif dan unsur-unsur Islam dalan seni bina dan rekabentuknya, terutamanya bentuk Rub el Hizb yang boleh didapati pada potongan tengah binaan tersebut.

hhhh (Gambar) Sejarah Pembinaan KLCC Yang Jarang Di Bongkarkan!!... 

Pembinaan KLCC juga melibatkan begitu banyak tenaga kerja dan jentera. Pelan pembinaan sudah mula dirangka seawal 1992. Mac 1993 menyaksikan kerja-kerja menggali tanah untuk menyediakan tapak dan asas untuk KLCC. Galian sedalam 30 meter telah dilakukan dan hasilnya, setiap hari, 500 traktor penuh berisi dengan tanah dibawa keluar daripada tapak pembinaan. Teras tapak KLCC dipastikan benar-benar kukuh dan kuat. 13,200 meter kubik konkrit disalurkan terus-menerus selama 54 jam ke dalam ruang yang telah digali tadi. Bersama-sama dengan 104 buah tiang, teras yang benar-benar utuh telah berjaya dibina untuk setiap menara.

ooo (Gambar) Sejarah Pembinaan KLCC Yang Jarang Di Bongkarkan!!... 

Kemudian, di atas teras ini dibina pula tembok konkrit setingggi 21 meter dan berperimeter 1 kilometer. Ia mengambil masa hampir 4 tahun dan seramai 40 pekerja siang dan malam untuk disudahkan. Di atas tembok inilah dibina pula tempat letak kereta bawah tanah yang boleh memuatkan sehingga 5,400 buah kenderaan pada satu-satu masa.

llll (Gambar) Sejarah Pembinaan KLCC Yang Jarang Di Bongkarkan!!... 

Kerja-kerja membina bangunan utama hanya dimulakan setelah dapat dipastikan teras bangunan yang benar-benar kuat, mapan dan kukuh telah disediakan. Kerja-kerja ini akhirnya dapat dilaksanakan pada tahun 1994. Bahan binaan untuk membina menara adalah terdiri daripada bahan-bahan berkualiti tinggi – 80,000 meter kubik konkrit berketahanan tinggi dan 37,000 tan besi digunakan hanya untuk membina rangka bangunan ini. Akhirnya, setelah begitu banyak keringat dan wang ringgit dibakar untuk membina pencakar langit ini, bentuknya yang seperti dilihat sekarang ini sudah mula boleh dilihat pada Jun 1996.

Untitled2 (Gambar) Sejarah Pembinaan KLCC Yang Jarang Di Bongkarkan!!... 

Usaha yang begitu gigih dan semangat ini tidak sia-sia. KLCC yang telah siap dibina telah diiktiraf beberapa kali sebagai antara binaan moden yang tercantik di dunia. Seperti yang disebut seawal tulisan ini, kadar pelancong asing yang masuk ke Malaysia turut bertambah setelah siapnya adik-beradik kembar itu pada tahun 1998. Walaupun tidak pernah dibuktikan secara statistik dan empirik (setahu saya), saya yakin KLCC merupakan antara faktor utama kepada pertambahan kemasukan pelancong asing ke Malaysia.

Siapa Pencetus Untuk Membina KLCC ??

mahathir (Gambar) Sejarah Pembinaan KLCC Yang Jarang Di Bongkarkan!!... 

Tun Dr Mahathir Mohamad beliaulah yang bertanggungjawab atas pembinaan menara berkembar ini.. Menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa itu sekaligus memikirkan cara untuk menaikkan nama Malaysia di serata dunia…Tahniah Tun Dr Mahathir.. Mampukah pemimpin sekarang memikir seperti mana Tun memikirkan menaikkan Malaysia???
ohduniaku.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...