Menara Berkembar Petronas ataupun lebih
dikenali sebagai KLCC adalah satu mercun yang menjadi kebanggan kita
sebagai penduduk di Malaysia..Pernah menjadi sebuah menara yang
tertinggi di dunia pada satu ketika dahulu… Ianya sekaligus menaikkan
nama Negara Malaysia di serantau dunia…Tetapi berapa ramaikah yang tahu
akan sejarah pembinaan KLCC ???
Menara Berkembar Petronas di Kuala
Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila
diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan
2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003.
Menara Berkembar Petronas masih merupakan menara berkembar tertinggi di
dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik
mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori
yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma
diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.
Struktur Pembinaan
KLCC tidak tiba-tiba sahaja terbina.
Atau ia juga tidak jatuh dari langit. Hampir 7 tahun dihabiskan untuk
membina struktur yang masih memegang takhta ‘Bangunan Berkembar
Tertinggi’ di dunia ini. Arkitek yang bertanggungajawab merekabentuk
binaan ini, Cessar Pelli, diimport khas dari Argentina. Tiga kontraktor
asing dijemput untuk memantau dan menyelenggara pembinaan KLCC; Hazama
Corporation dari Jepun, Samsung C&T dan Kukdong Engineering dan
Construction, kedua-duanya merupakan syarikat gergasi di Korea Selatan.
Keseluruhannya, $1.6 billion telah dihabiskan untuk membina KLCC.
KLCC mempunyai 88 tingkat keseluruhannya
dan ketinggian rasmi KLCC seperti yang dicatatkan adalah 451.9m. Apa
yang lebih menarik tentang bangunan ini adalah pengasimilasian motif dan
unsur-unsur Islam dalan seni bina dan rekabentuknya, terutamanya bentuk
Rub el Hizb yang boleh didapati pada potongan tengah binaan tersebut.
Pembinaan KLCC juga melibatkan begitu
banyak tenaga kerja dan jentera. Pelan pembinaan sudah mula dirangka
seawal 1992. Mac 1993 menyaksikan kerja-kerja menggali tanah untuk
menyediakan tapak dan asas untuk KLCC. Galian sedalam 30 meter telah
dilakukan dan hasilnya, setiap hari, 500 traktor penuh berisi dengan
tanah dibawa keluar daripada tapak pembinaan. Teras tapak KLCC
dipastikan benar-benar kukuh dan kuat. 13,200 meter kubik konkrit
disalurkan terus-menerus selama 54 jam ke dalam ruang yang telah digali
tadi. Bersama-sama dengan 104 buah tiang, teras yang benar-benar utuh
telah berjaya dibina untuk setiap menara.
Kemudian, di atas teras ini dibina pula
tembok konkrit setingggi 21 meter dan berperimeter 1 kilometer. Ia
mengambil masa hampir 4 tahun dan seramai 40 pekerja siang dan malam
untuk disudahkan. Di atas tembok inilah dibina pula tempat letak kereta
bawah tanah yang boleh memuatkan sehingga 5,400 buah kenderaan pada
satu-satu masa.
Kerja-kerja membina bangunan utama hanya
dimulakan setelah dapat dipastikan teras bangunan yang benar-benar
kuat, mapan dan kukuh telah disediakan. Kerja-kerja ini akhirnya dapat
dilaksanakan pada tahun 1994. Bahan binaan untuk membina menara adalah
terdiri daripada bahan-bahan berkualiti tinggi – 80,000 meter kubik
konkrit berketahanan tinggi dan 37,000 tan besi digunakan hanya untuk
membina rangka bangunan ini. Akhirnya, setelah begitu banyak keringat
dan wang ringgit dibakar untuk membina pencakar langit ini, bentuknya
yang seperti dilihat sekarang ini sudah mula boleh dilihat pada Jun
1996.
Usaha yang begitu gigih dan semangat ini
tidak sia-sia. KLCC yang telah siap dibina telah diiktiraf beberapa
kali sebagai antara binaan moden yang tercantik di dunia. Seperti yang
disebut seawal tulisan ini, kadar pelancong asing yang masuk ke Malaysia
turut bertambah setelah siapnya adik-beradik kembar itu pada tahun
1998. Walaupun tidak pernah dibuktikan secara statistik dan empirik
(setahu saya), saya yakin KLCC merupakan antara faktor utama kepada
pertambahan kemasukan pelancong asing ke Malaysia.
Siapa Pencetus Untuk Membina KLCC ??
Tun Dr Mahathir Mohamad beliaulah yang
bertanggungjawab atas pembinaan menara berkembar ini.. Menjadi Perdana
Menteri Malaysia pada masa itu sekaligus memikirkan cara untuk menaikkan
nama Malaysia di serata dunia…Tahniah Tun Dr Mahathir.. Mampukah
pemimpin sekarang memikir seperti mana Tun memikirkan menaikkan
Malaysia???
ohduniaku.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan