Sony Xperia Tablet Z
OS | Android 4.1 Jellybean | |||
Pemproses | Qualcomm 1.5GHz quad-core APQ8064 | |||
RAM | 2GB | |||
Ruang simpanan | 32GB | |||
Kamera | 8.1-megapixel Exmor R | |||
Skrin | 10.1-inch 1,920 x 1,200 dengan Mobile Bravia Engine 2 | |||
Rangkaian dan Port | WiFi 802.11b/g/n 4G LTE, 3G Micro SD |
|||
Bateri | 6,000mAh |
Namun apa yang menarik tentang tablet ini ialah spesifikasinya. Ia dilengkapi CPU Qualcomm 1.5GHz quad-core APQ8064, 2GB Ram dan ruang simpanan 32GB. Ia juga dilengkapi slot Micro SD untuk mengembangkan lagi ruang simpanannya. Sistem bunyinya juga istimewa dengan kehadiran teknologi “S-Force” Virtual Surround Sound.
Kamera pada tablet ini juga tidak kurang hebatnya. Walaupun mempunyai hanya satu kamera, ia merupakan sebuah kamera 8.1 MP Exmor R. Seperti juga Sony Xperia Z, Sony Xperia Tablet Z mempunyai ciri-ciri tahan lasak sama seperti Sony Xperia Z di mana ia kalis air dan juga kalis habuk.
Paling menarik ialah semua ciri-ciri ini disatukan kedalam satu rekaan tablet yang hanya setebal 6.9mm dan seberat 495g. Suatu pencapaian yang sangat membanggakan.
Walaubagaimanapun, tiada maklumat mengenai pelancarannya di Malaysia mahupun harga dan tarikh jualannya. Maklumat terkini mengenainya akan dikemaskini dari masa ke semasa.
http://techkini.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan