Home Klik Di Bawah

Selasa, 22 Januari 2013

Karya Info | Bakteria Pemakan Daging

**Amaran keras saya berikan kepada sesiapa yang fobia, geli, takut darah dan allergic supaya tidak klik untuk paparan seterusnya. Dibimbangi anda tidak dapat melupakan gambar yang anda pandang. 

Terpanggil untuk berkongsi info tentang Bakteria Pemakan Daging atau Flesh Eating Bacteria [FEB], Abang Bisu gagahkan juga jari jemari ini untuk menaip artikel berkenaan FEB biarpun diri ini sendiri tiada kekuatan berlama-lamaan memerhatikan gambar pesakit.





Pesakit yang dimaksudkan tersebut ialah Aimee Copeland, pelajar perempuan yang berasal dari Georgia. Beliau yang kini bertarung nyawa di antara hidup dan matinya menderita keparahan FEB apabila terlibat di dalam satu kemalangan.



Bakteria yang dinamakan Aeromonas Hydrophila hidup di dalam air suam (darjah kepanasan air) dan air masin. Ia biasanya menjangkiti mereka yang mempunyai luka yang dalam ketika mandi manda di kolam, sungai atau pantai. Dan biasanya, nisbah 5 mangsa yang dijangkiti FEB, seorang sahaja daripada mereka yang mampu bertahan.

Kajian mendapati, pembawa FEB ini terdapat di dalam hidupan akuatik seperti ikan, sotong, udang dan lain-lain. Akibat pencemaran air semakin berleluasa, banyak penyakit-penyakit ganjil timbul di akhir zaman ini.
Semoga Allah SWT menjaga kita dan ahli keluarga serta umat Islam seluruhnya daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti ini. Allahumma Ameen

Sumber : News 24 Now/karyawanbisublogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan