Terpanggil untuk berkongsi info tentang Bakteria Pemakan Daging atau Flesh Eating Bacteria [FEB], Abang Bisu gagahkan juga jari jemari ini untuk menaip artikel berkenaan FEB biarpun diri ini sendiri tiada kekuatan berlama-lamaan memerhatikan gambar pesakit.
Pesakit yang dimaksudkan tersebut ialah Aimee Copeland, pelajar perempuan yang berasal dari Georgia. Beliau yang kini bertarung nyawa di antara hidup dan matinya menderita keparahan FEB apabila terlibat di dalam satu kemalangan.
Bakteria yang
dinamakan Aeromonas Hydrophila hidup di dalam air suam (darjah kepanasan
air) dan air masin. Ia biasanya menjangkiti mereka yang mempunyai luka
yang dalam ketika mandi manda di kolam, sungai atau pantai. Dan
biasanya, nisbah 5 mangsa yang dijangkiti FEB, seorang sahaja daripada
mereka yang mampu bertahan.
Kajian mendapati,
pembawa FEB ini terdapat di dalam hidupan akuatik seperti ikan, sotong,
udang dan lain-lain. Akibat pencemaran air semakin berleluasa, banyak
penyakit-penyakit ganjil timbul di akhir zaman ini.
Semoga Allah SWT
menjaga kita dan ahli keluarga serta umat Islam seluruhnya daripada
penyakit-penyakit berbahaya seperti ini. Allahumma Ameen
Sumber : News 24 Now/karyawanbisublogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan