Count Cassius
Count Cassius adalah bangsawan daripada
bangsa Visigoth. Visigoth adalah bangsa yang pernah menganut ajaran
Kristian Arianisme sebelum raja Visigoth bermazhab Arian terakhir,
Reccared I menukar mazhab kepada Katholik pada tahun 589.
Count Cassius menganut Islam pada tahun
714 hanya selepas penaklukan Bani Umayyah di Semanjung Iberia, Sepanyol.
Count Cassius mengucap kalimah syahadah di hadapan kadi Zaragossa, Hassan ibn Yassar al-Hudhali.
Beliau adalah induk kepada jalur
keturunannya sendiri di Andalusia iaitu Dinasti Bani Qasi. Qasi sendiri
merujuk kepada namanya iaitu Cassius.
Berke Khan(1257-1266)
Berke Khan adalah pemerintah dan panglima
keturunan Mongol yang berkuasa di Golden Horde. Beliau adalah salah
seorang anak lelaki kepada anak sulung Genghiz Khan, Joshi. Berke
memeluk Islam melalui seorang ulama sufi, Saifuddin al-Darwish selepas
satu dialog antara mereka berdua di Bukhara. Sepertimana datuk dan
ayahnya yang bergitu toleransi terhadap pelbagai agama, Berke Khan
menerima nasihat Saifuddin al-Darwish dengan hati terbuka. Dengan
hidayah sudah sedia meresap ke dalam jiwanya, Berke Khan terus mengucap
dua kalimah syahadah.
Susulan pemelukan Islam oleh Berke Khan,
wilayah penguasaanya iaitu Golden Horde(Kazakhtan kini) telah bersinar
syiar Islam. Berke Khan benar-benar menjiwai Islam apabila sanggup
menentang kaumnya sendiri iaitu sepupunya, Hulagu Khan daripada terus
membuat khianat kepada wilayah-wilayah Islam. Berke Khan dan ribuan
tenteranya yang beragama Islam telah berjuang bersama-sama tentera
Mamluk memerangi tentera Hulagu Khan dan panglima Kristiannya, Kitbuqa
dalam Pertempuran Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, Kitbuqa yang
menganut mazhab Nestorian telah terkorban. Susulan kekalahan tentera
Hulagu Khan di Ain Jalut, keganasan Mongol terus beransur reda dan Islam
terus berkembang di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Berke Khan.
Berke Khan adalah antara perintis utama kepada penyebaran agama Islam di wilayah-wilayah kekuasaan Mongolia.
Tekuder(meninggal dunia pada 1284)
Beliau adalah panglima dan raja
berketurunan Mongol. Beliau adalah anak kepada Hulegu Khan dan abang
kandung kepada Abaqa Khan. Tekuder lahir sebagai seorang Kristian
bermazhab Nestorian dengan nama Nicholas Tekuder Khan. Namun, ketika
remaja, Tekuder memeluk agama Islam sepertimana yang berlaku kepada bapa
saudaranya, Berke Khan dan sepupunya Nogai Khan. Selepas memeluk Islam,
Tekuder telah menukar namanya kepada Ahmad Tekuder.
Pada tahun 1282, Tekuder telah menaiki
takhta kerajaan Ilkhanate yang diwarisi oleh bapanya Hulegu Khan.
Disebabkan beliau adalah seorang muslim, Tekuder menukar sistem monarki
lama tinggalan bapanya kepada sistem monarki Islam. Beliau menggelarkan
dirinya Sultan Ahmad. Beliau giat menyebarkan Islam di wilayah
kekuasaanya.
Insiden ini bagaimanapun telah memberi
tamparan hebat kepada anak saudaranya, Arghun Khan. Arghun Khan yang
merupakan seorang Buddha telah meminta pertolongan Kublai Khan di China.
Namun, ia segera dimurkai oleh Kublai Khan kerana Kublai Khan
menganggap tali persaudaraan antara Tekuder dan dirinya masih dekat
berikutan Kublai Khan dan bapa Tekuder, Hulegu adalah saudara kandung.
Arghun Khan kemudian secara bersendirian
merampas takhta daripada Tekuder dengan bantuan saudara-saudara
seagamanya. Berlawanan dengan Tekuder, Tekuder gagal meraih pertolongan
secara total daripada Kerajaan Mamluk di Mesir sehingga Tekuder hampir
bersendirian menentang Arghun Khan. Tekuder kemudian syahid di tangan
anak saudaranya sendiri selepas dihukum pancung pada 10 Ogos 1824.
Nogai Khan(meninggal dunia pada 1299)
Beliau adalah panglima dan pemerintah
berketurunan Mongol. Susur galur keturunannya sampai kepada Genghiz Khan
melalui ayahnya yang juga anak ke-7 Joshi. Joshi adalah anak lelaki
paling tua kepada Genghiz Khan. Beliau juga dikenali dengan Isa Nogai.
Nogai memeluk agama Islam melalui bapa
saudaranya, Berke Khan. Waktu paling tepat beliau memeluk Islam tidak
dipastikan tetapi besar kemungkinan pada sekitar tahun 1250-an.
Selepas memeluk Islam, Nogai Khan telah
berjuang menyebar Islam di samping meluaskan empayar Mongol milik
keturunannya. Nogai Khan diingati sebagai seorang panglima yang berusaha
memasuki wilayah-wilayah di Eropah bersama-sama tentera-tentera
Mongolnya. Antara negara Eropah yang pernah diperanginya adalah Poland(1259 and 1287),Lithuania (1259, 1275 dan 1277), Byzantine(1265, 1324 dan 1337), Bulgaria (1242, 1271, 1274, 1280 dan 1285), Kingdom of Hungary (1280-an), Serbia (1293).
Mahmud Ghazan (5 November 1271 – 10 Mei 1304)
Mahmud Ghazan adalah pemerintah dan
panglima berketurunan Mongol. Beliau adalah anak lelaki kepada pasangan
Arghun and Quthluq Khatun. Jalur keturunan Mahmud Ghazan sampai terus
kepada Hulagu Khan sehingga kepada Genghiz Khan. Mewarisi takhta
daripada bapanya, Arghun, Mahmud Ghazan telah menaiki takhta kerajaan
Mongol-Iikhanate(Iran kini) pada 1295 sehingga kematiannya pada tahun
1304.
Mahmud Ghazan memeluk Islam selepas
dipujuk oleh Nawruz. Nawruz juga berketurunan Mongol tetapi telah
memeluk Islam lebih awal sebelum Mahmud. Peristiwa pemelukan Islam oleh
Mahmud diselubungi kontroversi kerana adalah pakar sejarah Islam
menyatakan bahawa Mahmud Ghazan hanya memeluk Islam untuk meraih
sokongan Nawruz bagi menolongnya menghapuskan musuh yang juga sepupunya,
Baydu. Miskipun demikian, pemelukan agama Islam oleh Mahmud membolehkan
Islam berkembang luas dek populariti Mahmud Ghazan.
Mahmud Ghazan diselubungi kontroversi dan
insiden pengkhianatan yang dicetus daripadanya. Antaranya adalah
apabila Mahmud Ghazan bersengkokol dengan golongan Kristian di Eropah
untuk menghapuskan dinasti Mamluk. Bergitu juga apabila Mahmud Ghazan
cuba untuk menjarah kota Baghdad dan Syria sehingga beliau telah ditegur
oleh Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyyah. Ibnu Taimiyyah yang terkenal
dengan sifat berani kerana benar telah bangkit bersuara sedangkan yang
lain takut dengan kekejaman Mahmud Ghazan, Ibnu Taimiyyah berkata,
“Kamu mendakwa bahawa kamu adalah
muslim dan bersama kamu adalah golongan Mu’adhdhins, Mufti, Imam dan
Sheikh-sheikh, tetapi kamu menyerang kami dan sampai ke negara
kita(negara-negara Islam) untuk apa? Walaupun bapa dan datuk kamu,
Hulagu(Khan) bukan orang-orang yang beriman, mereka(sekurang-kurangnya)
tidak menyerang kita dan mereka menunaikan janji mereka. Tetapi
kamu(pula) berjanji dan menyalahi perjanjian kamu “
Namun, ia tidak diendahkan oleh Mahmud
Ghazan. Tentera Mahmud Ghazan hanya berhenti memerangi negara Islam
setelah dikalahkan oleh tentera Mamluk di Damsyik dalam pertempuran yang
dikenali Pertempuran Marj al-Saffar pada April 1303.
(Moga Allah swt mengampuni dosa Mahmud Ghazan).
Radu III(1435 – 1475)
Radu III juga dikenali dengan Radu the Fair dan Radu the handsome.
Namun, beliau lebih terkenal sebagai adik bongsu kepada Vlad Tepes.
Vlad Tepes adalah asal-usul watak seram Dracula. Selain daripada Vlad
Tepes, Radu juga mempunyai dua adik tiri iaitu Mircea II dan Vlad
Călugărul. Selain daripada Radu III, kesemua adik beradiknya beragama
Kristian. Terdapat riwayat menyatakan Vlad Tepes pernah menganut Islam
namun murtad untuk kembali menganut agama Kristian.
Radu III memeluk agama Islam setelah
berlaku perjanjian antara bapanya, Vlad II Dracul untuk menghantar dua
anak kandungnya, iaitu Vlad Tepes dan Radu III ke istana Othmaniyyah. Ia
adalah ikatan bagi mengukuhkan pakatan antara Vlad II Dracul dengan
kerajaan Othmaniyyah bagi meneruskan cita-cita Vlad II Dracul meraih
takhta Wallacia.
Walaubagaimanapun, Vlad II Dracul telah
dibunuh oleh John Hunyadi, seorang raja daripada Hungary. Kemudian, Vlad
Tepes telah dihantar kembali ke Wallacia bagi menuntut kerajaan
bapanya. Namun, Radu III tidak menyertai abangnya kerana lebih berminat
untuk bersama rakan akrabnya, Sultan Muhammad al-Fatih. Bersama-sama
Sultan Muhammad al-Fatih, Radu III telah berjaya menumpaskan kota
Constantinople pada tahun 1453. Bagi menghargai jasa Radu III, Sultan
Muhammad al-Fatih menugaskannya untuk mengelapai unit elit Janissari.
Pada tahun 1456, Vlad III telah menaiki
takhta Wallacia setelah menumpaskan Vladislav II. Namun, Vlad III telah
menggunakan kekuasaanya untuk menentang kerajaan Othmaniyyah. Menyedari
hal itu, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan adik kandung Vlad III,
Radu III untuk memeranginya. Ternyata Radu III tidak mengendahkan
hubungan persaudaraan antaranya dengan Vlad III setelah berjaya
menumpaskan tentera pimpinan abangnya.
Radu III telah dilantik menjadi penguasa
Wallacia daripada tahun 1462 sehingga 1473. Pada 1475, Radu III kembali
ke rahmatullah ketika usia baru sahaja mencecah 40 tahun.
Ibrahim Bey(1735-1817)
Ibrahim Bey adalah komander berpengaruh
dinasti Mamluk di Mesir pada abad ke-17. Ibrahim pada asalnya adalah
seorang kanak-kanak Kristian daripada Georgia. Bapanya adalah paderi
utama di tempat lahirnya. Beliau kemudian diculik oleh seorang lelaki
dan kemudian dijual sebagai hamba di Mesir. Kemudian, beliau telah
dilatih oleh seorang daripada puak Mamluk untuk menjadi panglima mereka.
Ketika ini beliau telah pun memeluk agama Islam.
Meningkat dewasa, beliau menunjukkan
keperwiraannya sehingga menjadi komander kesayangan Muhammad Bey Abdul
Wahab. Dengan sifat berani dan bijak mengaplikasi taktik sewaktu
berperang, beliau telah menerima gelaran Bey di belakang namanya yang
merujuk kepada ‘wira’ atau ‘lord’.
Ibrahim Bey bertanggungjawab
mempertahankan tanah Mesir daripada ancaman Nepoleon Bonarparte daripada
Perancis sewaktu Pertempuran Piramid dan Pertempuran Heliopolis.
Walaubagaimanapun, Ibrahim Bey kalah dalam kedua-dua pertempuran
tersebut.
Kekalahan tersebut menyebabkan Ibrahim
Bey hidup dalam perlarian. Musuh lamanya, Muhammad Ali Pasha daripada
Dinasti Othmaniyyah telah memburunya dan panglima-panglima Mamluk yang
lain. Namun, Ibrahim Bey terselamat. Ibrahim Bey dilaporkan meninggal
dunia pada tahun 1817.
Jacques-François de Menou(3 Sept 1750 – 13 Ogos 1810)
Beliau adalah jeneral semasa pemerintahan
Nepoleon Bonarparte. Beliau pernah memegang peranan sebagai gabernor
Perancis di Mesir susulan pembunuhan jeneral kesayangan Nepoleon, Jean
Baptiste Kléber pada 14 Jun 1800. Kléber telah dibunuh oleh seorang
pelajar berbangsa Syria, Sulaiman al-Halabi. Kléber meninggal dunia
serta merta akibat tikaman yang cukup dalam di jantung.
Beliau memeluk agama Islam sebaik sahaja
Perancis melepaskan Mesir kepada British dan sekutunya, tentera
Othmaniyyah dan Mamluk pada Ogos 1801. Beliau menukar namanya dengan
nama arab, Abdullah Menou. Abdullah Menou pernah berkahwin dengan wanita
tempatan Mesir bernama Siti Zubaidah.
Omar Pasha(1806-1871)
Omar Pasha adalah jeneral dan gebenor
Dinasti Othmaniyyah. Beliau yang dilahirkan dalam keluarga Kristian
Orthodox sebagai Mihajlo Latas berasal daripada etnik Serb/Croat. Beliau
telah memeluk agama Islam sewaktu berada di Bosnia pada 1823 setelah
melarikan diri daripada disabitkan dengan penyelewengan.
Setelah memeluk Islam, beliau menukarkan
namanya kepada Omar. Omar kemudian dengan pantas mendaki pangkat
daripada tentera bawahan kepada jeneral angkatan Othmaniyyah. Omar Pasha
telah mengukir namanya di sejarah Dinasti Othmaniyyah setelah berjaya
menumpaskan pemberontakan di Albania(1843), Kurdistan(1846) dan
Bosnia(1850). Bersama-sama pakatan daripada Perancis, Britain dan
negara-negara Sardinia, Omar Pasha berjaya menumpaskan angkatan Russia
dalam perang tidak simetri yang dikenali Crimean War(Oktober 1853 –
Februari 1856).
Suleiman Pasha (Mei 1788 – 12 Mac 1860)
Beliau adalah komander tentera Nepoleon
Bonaparte yang bertanggungjawab menumpaskan Mesir semasa pertempuran
Piramid dan Pertempuran Heliopolis. Beliau dilahirkan di Lyon, Perancis
dengan nama Joseph Anthelme Sève.
Beliau telah memeluk Islam sewaktu
penjajahan Perancis di Mesir. Sewaktu Perancis menyerah kalah pada
1880-an, ramai rakan-rakannya pulang ke tanah air. Namun, beliau nekad
untuk berada di Mesir bagi membantu Mesir membina unit tentera sendiri
mengikut acuan gaya Eropah.
Di Mesir, beliau telah berkahwin dengan Maria Mariam Hanem dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan