Assalamualaikum w.b.t
Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak
lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan
anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan
yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan
diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda
berasa cepat kenyang?
1. TELUR
Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu
pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini
kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan
daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih
tenaga berbanding makanan yang lain.
2. SUP SAYUR-SAYURAN
Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan
memberikan anda efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran
pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien
yang diperlukan oleh tubuh badan.
3. GANDUM
Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang
secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam
jangkamasa 4-6 jam.
4. EPAL
Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda
cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu
untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari.
5. KEKACANG
Kacang sangat kaya dengan kandungan protein. Dan biasanya protien akan
membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang. Dan ini membuat kan anda
makan sedikit sahaja.
Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini
dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang
berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda.
Selamat mencuba!
fizgraphic.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan