Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sedang dalam proses
menghantar Borang Penyata Cukai Pendapatan (ITRF) bagi kategori E, BE,
B, M, P, TP, TF dan TJ bagi Tahun Taksiran 2012 kepada
pembayar cukai
yang meraih pendapatan daripada perniagaan dan/atau pendapatan lain.
Bagaimanapun, Lembaga itu tidak akan mengeluarkan ITRF bagi Tahun
Taksiran 2012 kepada pembayar cukai yang sebelum ini mengemukakan borang
melalui e-Filing (termasuk m-Filing).
Pembayar cukai boleh terus menggunakan perkhidmatan e-Filing untuk
mengemukakan ITRF mereka bagi Tahun Taksiran 2012 mulai 1 Mac, katanya
dalam satu kenyataan semalam.
Tarikh tutup untuk mengemukakan ITRF bagi Tahun Taksiran 2012 ialah:
31 Mac, 2013 bagi majikan; 30 April, 2013 bagi mereka yang tidak
menjalan perniagaan, dan 30 Jun, 2013 bagi mereka yang menjalankan
perniagaan.
Ia berkata e-Filing ialah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh
LHDN yang membolehkan pembayar cukai melengkapkan, mengira dan
mengemukakan ITRF mereka secara elektronik melalui Internet. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan