Home Klik Di Bawah

Sabtu, 30 Mac 2013

Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998


Source Extracted from Google
1 perkara yang sering Cik Puan Bubbly tekankan pada diri sendiri dan selalu sebut2 dalam Bubblynotes adalah berblog secara sihat... Betul x? To those yang dah biasa follow entry kat sini dan ada juga saya catatkan di ruangan komen2 uols, mesti perasan wordings saya "berblog secara sihat"... Sebenarnya, x derlah nak wat disclaimer kat sini... "saya baik", "saya bagus", "saya perfect"... tapi sekadar berkongsi dengan uols something that I always make it as a guideline in blogging... Memang sikap saya begitu, sebelum nak buat sesuatu, mesti nak buat research dulu...at least adalah sedikit knowledge kan? 
 
 
 
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
 

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan dan Penalti Tambahan
 

Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
 

(1) Seseorang yang --
 
(a) dengan menggunakan mana2 kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar--
 
(i) membuat, mewujudkan atau meminta2; dan
 
(ii) memulakan  penghantaran,
 
apa2 komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana2 perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana2 orang di mana2 nombor atau alamat elektronik, 
 

adalah melakukan satu kesalahan--
 
(2) Seseorang yang secara sedar--
 
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa2 komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana2 orang; atau
 
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),
 
adalah melakukan satu kesalahan.
 
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua2nya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan.
 
Sumber Rujukan:
http://www.skmm.gov.my/
 
 http://furrasbubblynotes.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan