"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali agama ALLAH dan janganlah kamu bercerai-berai serta ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka ALLAH mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu orang yang bersaudara kerana nikmat ALLAH Juga kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah, ALLAH menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." [Surah Ali Imran 3 :103]
Andai diri rasa lemah. Mencari kekuatan tetapi tidak jumpa. Sedarlah wahai diri bahawa kekuatan yang dicari ada pada ALLAH. Mintalah bantuan dengan ALLAH, rendahkan dirimu, sujudlah kepadaNYA. Kita sebagai manusia biasa sering kali lalai dan alpa. Oleh itu, apabila sedar cepat-cepatlah kembali kepada ALLAH SWT.
Kini dan masa yang akan datang, kita buktikan bahawa kita adalah muslim yang mengejar redha ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh.
credit to GOOGLE |
Seluas-luas pintu adalah pintu TAUBAT..
Kembalilah kepada ALLAH.. jom!!
p/s: banyak blog yang aku tak sempat nak ziarahi buat masa sekarang. Nak
join mana-mana segmen pun tak berupaya dah rasanya. Maaf sebab sekarang
masa yang aku ada cukup-cukup terhad. Kadang-kadang aku hanya mampu
jadi penziarah blog yang mendiamkan diri.
http://kum-pun.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan