Sabtu, 30 Mac 2013

Kembalilah Kepada ALLAH

Semakin hari, kita semakin dewasa. Hari ini kita melihat generasi yang lebih muda daripada kita. Kita rasa mereka lebih teruk daripada kita (padahal sama saja dengan kita sewaktu muda remaja dulu). Cuma, sekarang kita dah sedar bahawa apa yang kita pernah buat dahulu adalah satu kesalahan. Semoga ALLAH ampunkan kita.


"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali agama ALLAH dan janganlah kamu bercerai-berai serta ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka ALLAH mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu orang yang bersaudara kerana nikmat ALLAH  Juga kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah, ALLAH menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." [Surah Ali Imran 3 :103]





Andai diri rasa lemah. Mencari kekuatan tetapi tidak jumpa. Sedarlah wahai diri bahawa kekuatan yang dicari ada pada ALLAH. Mintalah bantuan dengan ALLAH, rendahkan dirimu, sujudlah kepadaNYA. Kita sebagai manusia biasa sering kali lalai dan alpa. Oleh itu, apabila sedar cepat-cepatlah kembali kepada ALLAH SWT.

Tatkala diri rasa tidak berguna. Bangun dan bangkitlah wahai semangat untuk memperjuangkan agama ALLAH yakni menjalankan dakwah.

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Masa lalu kita jadikan pengajaran. 
Kini dan masa yang akan datang, kita buktikan bahawa kita adalah muslim yang mengejar redha ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh.
 
credit to GOOGLE
Seluas-luas pintu adalah pintu TAUBAT..
 
Kembalilah kepada ALLAH.. jom!!
 
p/s: banyak blog yang aku tak sempat nak ziarahi buat masa sekarang. Nak join mana-mana segmen pun tak berupaya dah rasanya. Maaf sebab sekarang masa yang aku ada cukup-cukup terhad. Kadang-kadang aku hanya mampu jadi penziarah blog yang mendiamkan diri.
 http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...