Khamis, 28 Mac 2013

Mari Berbuai Bersama Keindahan Alam

Assalamualaikum... Relaks Minda anda seketika... 
Bayangkan di saat ini anda berada di suatu tempat yang nyaman dengan udara yang segar, tenang dan damai....sambil berbaring di atas buaian. Di kelilingi pula dengan alam semulajadi yang indah. Tidakkah anda ingin berada di tempat sebegini? Merasai nikmat alam kurnian ilahi sambil berbuai umpama bayi yang di dodoi di buaian... :)
berbuai bersama alam semulajadi

Berbuai sambil menikmati menghembus lembut bayu yang sejuk dan segar.
Nyamannya bertiup, menyapu lembut ke wajah, bagaikan dibelai-belai 
dengan penuh kemesraan.




berbuai bersama alam semulajadi 

berbuai bersama alam semulajadi
Tatkala mentari bersinar terang, menerangi alam dengan bahang kepanasan, 
anda pula di payungi pepohon merendang yang subur menghijau. 
Menyejukkan bahang kepanasan, menyegarkan jasad yang sekian lama rindukan 
kerehatan yang mendamaikan...  

berbuai bersama alam semulajadi 

berbuai bersama alam semulajadi
Pepohon yang melambai-lambai bagaikan menari-nari memberikan hiburan 
tatkala anda sedang asyik di buai kenikmatan alam semulajadi yang tiada bandingan
 keindahannya. Tidak pernah jemu memberi pekhidmatansecara percuma...
Nikmatinya sambil berbuai di buaian...Sungguh nikmat hiburan alam ini...
berbuai bersama alam semulajadi 

berbuai bersama alam semulajadi
Di kala ini, anda hanya di temani alam yang indah, jauh dari kesibukan, 
kebisingan dan kekalutan. Hanya nikmat ketenangan dan kedamaian. 
Pastinya berbuai di tepian pantai menikmati langit dan laut yang membiru 
bagaikan tiada penghujungnya menmberikan anda kerehatan maksimum 
buat jasad dan minda.
berbuai bersama alam semulajadi 

berbuai bersama alam semulajadi
Sedang enak di buai, di temani pula nyanyian merdu deruan ombak menghempas pantai. 
Bersaksikan langit membiru dan pantai yang memutih, begitu mengasyikan dan pastinya 
anda tidak mahu kehilangan nikmat yang beri ini. Anugerah dari Ilahi.
berbuai bersama alam semulajadi 

berbuai bersama alam semulajadi
Alam semulajadi yang indah buat santapan mata, kerehatan jasad dan
ketenangan minda. Kesemuanya menjadi lebih nikmat dengan berbuai
di buaian sambil merasa nyamannya hembusan angin yang menyegarkan disertai
pula keasyikan melodi ombak yang berlagu merdu diiringi tarian pepohon
yang meliuk-liuk dan melambai-lambai. Kesempurnaan rehat yang tidak terucap!
berbuai bersama alam semulajadi 
berbuai bersama alam semulajadi
Begitulah nikmat nya alam. Memberi kita ketenangan, kedamaian dan kesegaran. Hargailah dan limpahkan kasih sayang kita kepada alam dan penciptanya.... Bersyukurlah diatas nikmat yang diberi...Lafazkanlah Alhamdulillah. 
Hanya Allah selayaknya menerima segala puji-pujian dan ucapan terima kasih diatas kurniaan yang tidak ternilai ini. Hanya dialah yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa mencipta segalanya buat hambanya menikmati sambil mengagung akan Kebesaran Ilahi...AllahuAkbar!
Pergilah bercuti...dapatkan kerehatan yang jauh dari kesibukan dan kehidupan harian anda. Nikmati ketenangan dan kedamaian di buai alam semulajadi.... Relaks kan Minda anda... :)
Admin...
http://relakssminda.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...