Home Klik Di Bawah

Sabtu, 23 Mac 2013

Perkara Mustahil Berlaku Pada Cuti Sekolah

 
 
Tora datang lagi... eh, silap. Cuti sekolah datang lagi. Mesti korang seronok, bila dah seronok macam-macam la benda korang buat tapi ada perkara yang mustahil berlaku di masa cuti sekolah ini. Nak tahu apadia? Mari kita baca di bawah ini.





1) Semua shopping clompex lengang dari kelibat budak sekolah tapi perpustakaan, tempat-tempat yang berfaedah dan berilmu penuh sesak dengan para pelajar.

2) Korang lebih gemar duduk di rumah dan menelaah buku teks dari duduk di kafe siber dan berusaha menghabiskan segala game yang ada.

3) Tiadanya perang iklan rancangan yang berunsurkan cuti sekolah dimana-mana stesen TV sama ada yang berbayar atau tida. Serta tiada permosi-promosi percutian sempena cuti sekolah di tempat percutian.

4) Kanak-kanak yang belum merasai keperitan untuk dewasa dengan selamba bergurau senda dengan tok mudin.

5) Korang bangun awal pagi yakni lebih awal dari biasa untuk ke masjid dan menolong ibu bapa korang tanpa perlu disuruh atau dibebel.

6) Korang tak dapat apa-apa jemputan kenduri kendara dan macam-macam jenis jemputan lagi.

7) Korang tak nak bercuti dan memaksa cikgu-cikgu datang ke sekolah untuk meneruskan sesi pembelajaraan.

Sebegitulah perkara yang mustahil dan tidak akan berlaku pada cuti sekolah yang selalu adanya tiap-tiap tahun dan dilalui oleh setiap orang di muka bumi ini
 http://shakroil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan