Home Klik Di Bawah

Sabtu, 23 Mac 2013

Puisi Si Suami Yang Mahu Berpoligami

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah. Hari ni aku dapat satu lagi emel walaupun banyak sebenarnya. Cuma, emel yang satu ni cukup-cukup 'best' sangat bila di baca. Tentang suami yang nak berpoligami. Tapi si suami meluahkan hasrat hatinya kepada si isteri dalam bentuk apapun aku tak tahu. Mungkin dalam bentuk puisi aku rasa. Sekali aku baca tu memang lawak la bunyinya. Tapi bila baca 2-3 kali, ternyata amat dalam maknanya.


Puisi seorang suami yang mahu berpoligami....
 
 
 
 
Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari,
Aku menyinari kamu,
Kamu mengharapkan aku,
Ingatlah bahtera yang kita kayuh,
Begitu penuh riak gelombang,
Aku tetap menyinari bumi,
Hingga kadang bumi pun silau,
Lantas aku ingat satu hal,
Bahawa Tuhan telah menciptakan bukan hanya bumi,
Ada planet lain yang juga mengharap,
Agar aku sinari,
Jadi..
Relakanlah aku menyinari planet lain, 
Menebarkan  sinarku,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerna sudah takdir,
Dan ALLAH pun tak memarahi.

Balasan Puisi si Isteri..
Suamiku,
Bila kau memang mentari,
Sang suria penebar cahaya,
Aku rela kau berikan sinarmu kepada segala yang lain,
Planet yang pernah ALLAH ciptakan,
Kerna mereka juga seperti aku, 
Perlukan penyinaran,
Dan aku pun juga tidak akan merasa kurang dengan pencahayaanmu,
AKAN TETAPIIIIIIII.........
Bila kau hanya sejengkal lilin,
jangan bermimpi mahu menyinari planet yang lain!!!
Kerna kamar kita yang kecil ini pun belum sanggup kau terangi,
Bercerminlah pada kaca di sudut kamar kita,
Di tengah samar-samar pencahayaanmu,
Yang telah aku mengerti untuk tetap meneroka..
Jadi cuba pandang siapa dirimu... 
MENTARI atau LILIN??


 
 http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan