Dari
Abdullah bin 'Amr r.a,Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesanKu
biarpun 1 ayat..." Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan
masuk syurga." ( Sahih Bukhari )
1."Ya
Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya
selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang
besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2."Ya
Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu
sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang,tenang &
sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah.
3."Ya
Rahim" ( Maha Penyayang ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap
hari,Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali
hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4."Ya
Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah ) - apabila dizikirkan sebanyak 121x
setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang
dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang
diredai Allah.
5."Ya
Quddus" ( Maha Suci ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi @
setelah tergelincirnya matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua
penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki dll.
6."Ya
Salam" ( Maha Penyelamat ) - apabila dizikirkan sebanyak
136x,InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala
penyakit sehingga badan menjadi segar,sihat & sejahtera.
7."Ya
Mukmin" ( Maha Pengaman ) - apabila dizikirkan sebanyak 236x,insyaAllah
diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara
& aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8."Ya
Muhamin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - apabila dizikirkan sebanyak
145x sesudah solat fardu Isyak,InsyaAllah fikiran & hati kita akan
menjadi terang & bersih.
9."Ya
Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - apabila dizikirkan sebanyak 40x
sesudah solat subuh,InsyaAllah kita akan menjadi orang yang
mulia,disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya
Jabbar" ( Maha Pemaksa ) - apabila dizikirkan setiap pagi &
petang,setiap musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11."Ya
Mutakabbir" ( Maha Besar ) - apabila dizikirkan sebanyak 662x,maka
dengan kebijaksanaan bertindak,kita akan dapat menundukkan semua
musuh,bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.
12."Ya
Khaliq" ( Maha Pencipta ) - dibaca mengikut kemampuan @ sebanyak
731x,InsyaAllah yang ingin otak cerdas,cepat menerima sesuatu
pelajaran,amalan ini akan memberikan otak kita cerdas & cepat faham.
13."Ya
Baari" ( Maha Perancang ) - sekiranya kita berada dalam kesusahan &
sedang sakit,dibaca sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut,Insya
Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit
tersebut.
14."Ya
Musawwir" ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk ) - sekiranya seorang isteri
yang sudah lama belum mempunyai anak,maka cubalah ikhtiar dengan
berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.Sewaktu hendak
berbuka,ambillah segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak
21x,kemudian minum air tersebut untuk berbuka.Bagi sang suami,hendaklah
berbuat perkara yang sama tetapi hanya berpuasa selama 3 hari.Kemudian
sewaktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyk 10x,InsyaAllah akan
dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya
Ghaffaar" ( Maha Pengampun ) - sambil beri'tikaf dalam masjid.bacalah
zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat
Jumaat,InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya
Qahhaar" ( Maha Menundukkan ) - dizikirkan mengikut kemampuan @
sebanyak 306x,maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan
dunia & InsyaAllah, orang-orang yang selalu memusuhi kita akan
sedar & tunduk akhirnya.
17."Ya
Wahhaab" ( Maha Pemberi ) - dizikirkan sebanyak 100x sesudah solat
fardhu, barang siapa yang selalu berada dalam kesempitan,InsyaAllah
segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan hilang.
18."Ya
Razzaq" ( Maha Pemberi Rezeki ) - dizikirkan mengikut kemampuan sesudah
solat fardhu khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan
rezeki yang halal & membawa berkat.Rezeki akan datang tanpa diduga!!
tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19."Ya
Fattah" ( Maha Pembuka ) - dizikirkan sebanyak 71x sesudah selesai
solat subuh,InsyaAllah hati kita aka dibuka oleh Allah,sehingga mudah
menerima nasihat agama.
20."Ya
Aalim" ( Maha Mengetahui ) - dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai
solat Maktubah, InsyaAllah aka mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21."Ya
Qaabidhu" ( Maha Penyempit Hidup )- Dizikirkan 100x setiap hari,maka
diri akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk
ancaman.
22."Ya
Baasithu" ( Maha Pelapang Hidup ) - Bagi mereka yang berniaga @
mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan
memperbanyakkan membaca zikir ini,InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23."Ya
Khaa'fidh" ( Maha Penghina ) - dizikirkan sebanyak 500x setiap hari
dalam keadaan bersuci, khusyuk & tawadu',InsyaAllah segala maksud
akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai musuh,musuh itu akan jatuh
martabatnya.
24."Ya
Raafi" ( Maha Tinggi ) - dizikirkan setiap hari baik siang @ malam
sebanyak 70x, InsayAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai @ di
tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25."Ya
Mu'izz" ( Maha Pemberi Kemulian / Kemenangan ) - dizikirkan sebanyak
140x setiap hari,InsyaAllah akan memperoleh kewibawaan yang besar
terutama ketua-ketua jabatan @ perniagaan.
26."Ya
Muzill" ( Maha Merendahkan ) - Perbanyakkanlah ziir ini setiap hari,
sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk
memintanya,InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya
kembali.
27."Ya
Samii" ( Maha Mendengar )- Sekiranya inginkan doa kita makbul &
pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari
mengikut kemempuan, lebih2 lagi sesudah solah Dhuha,InsyaAllah doa akan
mustajab.
28."Ya
Bashiir" ( Maha Melihat ) - dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat
Jumaat,InsyaAllah akan menjadiakn kita terang hati, cerdas otak &
selalu diberiakan taufik & hidayah dari Allah.
29."Ya
Hakam" ( Maha Menghukum ) - dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam
dalam keadaan bersuci,InsyaAllah akan membuka hati seseorang itu mudah
menerima ilmu2 agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu2 agama.
30."Ya
Adllu" ( Maha Adil ) - dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah
selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31."Ya
Lathiif" ( Maha Halusi ) - dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut
kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan
barangan jualannya menjadi laris & maju.
32."Ya
Khabiir" ( Maha Waspada ) - dengan memperbanyakkan zikir ini setiap
hari,terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud
zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman @ anak
yang telah terpisah sekian lama.
33."Ya
Haliim" ( Maha Penyantun ) - dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5
waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan,
syarikat @ apa saja, InsayAllah dipastikan kedudukannya tidak akan
dicabar @ diungkit-ungkitkan @ tergugat.
34."Ya
'Aziim" ( Maha Agong ) - dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk
orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.Juga
apabila dibaca 12x kemudian ditiup pada tangan lalu diusap2 pada seluruh
badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, sayitan
& sebagainya.
35."Ya
Ghafuur" ( Maha Pengampun ) - bagi orang yang bertaubat,hendakalah
memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa2 & beriktikad untuk
tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36."Ya
Syakuur" ( Maha Pengampun ) - dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat
hajat,sebagai ucapan terima kasih kepada Allah,InsyaAllah semua hajat
kita akan dimakbulkan Allah.Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat
yang penting & terdesak.
37."Ya
'Aliy" ( Maha Tinggi MartabatNya ) - untuk mencerdaskan otak anak kita
yang bebal,tulislah zikir ini senbanyak 110x ( dalam bahasa ARAB
bukannya bhasa MALAYSIA!!! ) lalu direndamkan pada air yang dingin &
diberikan si anak meminumnya,InsyaAllah lama kelamaan otak anak akan
berubah cemerlang & tidak dungu lagi.InsyaAllah mujarab.
38."Ya
Kabiir" ( Maha Besar )- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas
@ dilucutkan gara2 sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak
1000x selama 7 hari berturut2 dalam keadaan bersuci sebagai pengaduan
kepada Alah.Lakukan sesudah solat tahajjud @ hajat.
39."Ya
Hafiiz" ( Maha Pelindung ) - dizikirkan sebanyak 99x, InsyaAllah diri
kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila
berada dalam hutan.
40."Ya
Muqiit" ( Maha Pemberi Keperluan ) - Sekiranya kita berada dalam
keadaan kelaparan seperti kita sesat dalam hutan @ dimana sahaja
sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkanlah
zikir ini.InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana
rasa lapar akan hilang.
41."Ya
Hasiib" ( Maha Mencukupi ) - untuk memperteguhkan kedudukan yang kita
jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit &
selepas solat Maghrib, InsyaAllah, kedudukan kita akan teguh tanpa
sebarang gangguan.
42."Ya
Jaliil" ( Maha Luhur ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini 1/3
malam terakhir, sebanyak 73x, InsyaAllah kita akan mendapati perubahan
yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Anda seorang
pegawai,maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi &
terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43."Ya
Kariim" ( Maha Mulia ) - untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia
di dunia & di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x
ketika hendak masuk tidur.InsyaAllah Allah akan mengangkat darjat mereka
yang mengamalkan zikir ini.
44."Ya
Raqiib" ( Maha Pengawas ) - bagi meminta pertolongan daripada Allah
terhadap penjaga barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan ini sebanyak
50x setip hari dengan niat agar barang2 yang dikhuatirkan yang berada di
tempat2 yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian
mahupun gangguan lain.Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.
InsyaAllah...
45."Ya
Mujiib" ( Maha Mengkabulkan ) - sesungguhnya Allah adalah zat yang
menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima
Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat
subuh.InsyaAllah doa kita dimakbulkan Allah.
46."Ya
Waasi' " ( Maha Luas PemberianNya ) - apabila berada dalam kesulitan
maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang,
InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.Andai
zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita
daripada hasad dengki sesama makhluk.
47."Ya
Hakiim" ( Maha Bijaksana )- Bagi pelajar @ sesiapa sahaja yang
memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi
cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkan
sekurang2nya 300x setiap hari.
48."Ya
Waduud" ( Maha Pencinta )- amalkan zikir ini sebanyak 11,000x setiap
malam. Insya Allah kita akan menjadi insan yang bernasib baik, disayangi
& rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan aman & harmoni,
dikabulkan segala hajat.
49."Ya
Majiid" ( Maha Mulia ) - untuk mententeramkan keluarga di mana setiap
anggota sentiasa menyayangi & menghormati, khususnya kita sebagai
ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebnyak 99x, sesudah itu
hembuskanlah kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh
muka.InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi &
menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50."Ya
Baa'its" ( Maha Membangkitkan ) - zikirkan sebanyak 100x dengan
meletakkan kedua belah tangan ke dada, InsyaAllah tuhan akan memberi
kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51."Ya
Syahiid" ( Maha Menyaksikan ) - apabila ada di kalangan keluarga kita
yang suka membangkang & sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x
secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar &
berubah perangainya. 52."Ya Haq" ( Maha Benar ) - perbanyakkanlah zikir
ini,InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman &
taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53."Ya
Wakiil" ( Maha Berserah ) - sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut
yang kuat @ terjadi gempa, maka perbanyakkanlah zikir ini, InsyaAllah
bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54."Ya
Qawiy" ( Maha Memiliki Kekuatan ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin
agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan
mahupun berhadapan dengan si zalim.
55."Ya
Matiin" ( Maha Sempurna Kekuatannya ) - amalkan zikir ini sebanyak
mungkin kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk
mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56."Ya
Waliy" ( Maha Melindungi ) - barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan
@ kedudukan, maka amat elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak
mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar
dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57."Ya
Hamiid" ( Maha Terpuji ) - perbanyakkanlah zikir ini ebagai pengakuan
bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58."Ya
Muhshiy" ( Maha Menghitung ) - sekiranya kita inginkan diri kita
digolong di dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah ( muraqabah
), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin selepas solat 5 waktu.
59."Ya
Mubdiu" ( Maha Memulai / Pemula )- agar segala apa yang kita rancang
akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiapa hari. InsyaAllah...
60."Ya
Mu'id" ( Maha Mengembalikan ) - andai ada anggota keluarga yang
menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x
setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan hasilnya.
6
1."Ya
Muhyiy" ( Maha Menghidupkan ) - amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap
hari, InsyaAllah kita akan diberi kemuliaan darjat di dunia &
akhirat kelak.
62."Ya
Mumiit" ( Maha Mematikan ) - barangsiapa yang memperbanyakkan zikir
ini,InsyaAllah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik &
sebagainya.
63."Ya
Hayyu" ( Maha Hidup ) - untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di
dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64."Ya
Qayyuum" ( Maha Berdiri Denagn SendiriNya ) - telah berkata Imam
Ghazali ra bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak
lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa,
ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000x setiap malam @
selang sehari.Hendaklah dilakukan secara berterusan, InsyaAllah akan
tercapai segala hajat.
65."Ya
Wajiid" ( Maha Menemukan ) - andai berkeinginan keperibadian yang
kukuh, tidak mudah terpengaruh & kukuh pendirian, maka
perbanyakkanlah zikir ini.
66."Ya
Majiid" ( Maha Mulia ) - demi kecergasan otak & agar dipermudahkan
hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut
memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67."Ya
Waahid" ( Maha Esa ) - bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata
& tersangat ingin untuk menimangnya, amalkan zikirkan ini sebanyak
190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama 1 bulan &
selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis,
InsyaAllah...
68."Ya
Somad" ( Maha Diminta ) - ketika dalam kelaparan akibat sesat @
kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak
mungkin.InsyaAllah, diri akan berrasa segar.
69."Ya
Qaadir" ( Maha Kuasa ) - apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya
selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari,
InsyaAllah segala hajat akan berhasil.
70."Ya
Muqtadir" ( Maha Menentukan ) - agar tercapai tujuan yang dikehendaki,
selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir
ini sebeberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikr ini
akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71."Ya
Muqaddim" ( Maha Mendahulukan ) - menurut imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy,
beliau berkata"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x
setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
72."Ya Muahkhir" ( Maha Melambat-lambatkan ) - bagi meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73."Ya
Awwal" ( Maha Pemulaan ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini
sebanyak 27x setiap hari, InsyaAllah segala yang dihajati akan
diperkenankan Allah.
74."Ya
Aakhir" ( Maha Penghabisan ) - amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah
solet 5 waktu selama 1 bulan, InsyaAllah tuhan akan membuka pintu rezeki
yang halal.
75."Ya
Dhaahir" ( Maha Menyatakan ) - amalkan zikir ini sebanyak 1106x sesudah
solat waktu di tempat yang sunyi ( khalwat ), nescaya Allah akan
membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta
diberi kefahaman ilmu.
76."Ya
Bathinu" ( Maha Tersembunyi ) - Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh
manusia biasa, dibaca untuk setiap ba'da solat fardu lima waktu sebanyak
30x, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia
biasa.
77."Ya
Waaliy" ( Maha Menguasai Urusan ) - memperbanyakkan zikir ini setiap
pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang
ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah
selalu memperbanyakkan zikir ini.
78."Ya
Muta'aAliy" ( Maha Suci / Tinggi ) - sekirnya kita berjumpa dengan
mereka yang berkedudukan tinggi @ yang sukar untuk ditemui, maka bacalah
zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.InsyaAllah dengan mudaj
kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting2 akan
berhasil.
79."Ya
Bar" ( Maha Bagus [ Sumber Segala Kelebihan ] ) - amalkan zikir ini
sebanyak mungkin setiap hari.InsyaAllah segala yang kita hajati akan
terlaksana dengan mudah.
80."Ya
Tawwaab" ( Maha Penerima Taubat ) - bagi orang yang selalu buat dosa
& ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya
mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81."Ya
Muntaqim" ( Maha Penyiksa ) - Jika kita berhadapan dengan orang yang
zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya kepada kita, maka
hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat
fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82."Ya 'Afuww" ( Maha Pemaaf ) - barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya di akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83."Ya
Rauuf" ( Maha Mengasihi ) - bagi sesiapa yang inginkan dirinya
disenangi oleh teman @ sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir
ini sebeberapa mampu sama ada waktu siang mahupun malam.
84."Ya
Maalikul Mulki" ( Maha Pemilik Kekuasaan ) - seseorang pengarah @ ketua
yang ingin kedudukannya kekal & tetap tanpa diganggu gugat,
hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat
fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan
mendapat pertolongan Allah.
85."Ya
Zul Jalaali Wal Ikraam" ( Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan ) -
amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah
segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86."Ya
Muqsith" ( Maha Mengadili ) - berzikirlah dengan zikir ini mengikut
kemampuan, Insya Allah tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada
mereka yang mengamalkannya.
87."Ya
Jaami" ( Maha Mengumpulkan ) - sekiranya ada dikalangankeluarga kita @
isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak
mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang
tersebut.Dengan izin Allah, orang yang lari itu akan pulang dalam jangka
waktu yang singkat.
88."Ya
Ghaniy" ( Maha Kaya Raya ) - amalkan zikir ini pada setiap hari
sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil
& kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat.
89."Ya
Mughniy" ( Maha Pemberi Kekayaan ) - mintalah kekayaan yang bermnfat
untuk kehidupan di dunia & akhirat kepada Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90."Ya
Maani" ( Maha Membela / Menolak ) - andai kita selalu mengamalkan zikir
ini sebanyak 161x pada waktu menjelang subuh setiap hari, InsyaAllah
kita akan terhindar dari orang-orang zalim & suka membuat angkara.
91."Ya
Dhaarr" ( Maha Pembuat Bahaya ) - asma ini sangat berguna didalam
ikhtiar kita dalam menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama
dihadapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkan
zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini
penyakit itu akan cepat sembuh.
92."Ya
Naafi" ( Maha Pemberi Manfaat ) - menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang
siapa yang mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang
sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan
kesusahannya dengan izin Allah.
93."Ya
Nuur" ( Maha Pemberi Cahaya ) - menurut Sheikh Ahmad Muhammad As Shawi,
barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan yang agung & memperolehi
apa yang dimaksudkan baik kebaikkan di dunia mahupun kebaikkan di
akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap
pagi & petang.
94."Ya
Haadiy" ( Maha Pemberi Petunjuk ) - bagi sesiapa yang dalam perjalanan
ke sesuatu tempat tertentu, kemudiannya sesat, hendaklah ia memohon
petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsuaAllah akan
diberikan pertolongan Allah & akan cepat lepas dari kesesatan
tersebut.
95."Ya
Baadii" ( Maha Indah / Tiada Bandingan ) - andai kita mempunyai
rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu
berjaya serta berjalan lancar, maka birzikirlah dengan zikir ini
sebanyak 500x selepas solat fardhu.InsyaAllah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96."Ya
Baaqy" ( Maha Kekal ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa
mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua pekerjan yang
telah menjai punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak
akan rugi @ bankrap dengan berkat zikir ini.
97."Ya
Waarits" ( Maha Membahagi / Mewarisi ) - sekiranya kita berzikir
sebanyak 500x selepas solat fardhu @ sebagainya, supaya segala urusan
kita itu berjalan lancar, maka hendaklah peda setiap malam berzikir
dengan zikir ini sebanyak 707x. InsyaAllah, berkat zikir ini Allah kan
memberi petunjuk sehingga usaha kita berhasil dengan baik &
memberangsangkan.
98."Ya
Rasyiid" ( Maha Pandai / Bijaksana ) - walaupun kita tergolong didalam
golongan yang serdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,
nescaya otak kita akan menjadi lebih cerdas.
99."Ya
Shabuur" ( Maha Penyabar ) - agar kita diberi kesabaran oleh Allah
dalam segala hal, maka berzikirlah dengan zikir ini menurut kemampuan.
Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala
usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
Selamat Beramal.
Selamat Beramal.
http://pezolstylez.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan