Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua..
Wahh! Hari ini aku nak buat biodata/biografi sepenuh-penuhnya tentang diri aku yang sebenar. Bukan mudah aku ingin menonjolkan diri aku yang sebenar apatah lagi menulisnya dalam keadaan sebegini. Ini baru pertama kali rasanya.
Nak tahu nama sebenar aku?? Rupa fizikal aku? Bagaimana agaknya ya?? Kacak atau tidak???
Mahukah kamu berkenalan denganku??
Sebenarnya agak malu rasanya untuk aku katakan bahawa aku ini lebih
popular dari kamu semua. Mungkin kamu juga akan malu selepas membaca
tentang perihal diriku ini..mungkin...
Nak tahu siapa aku?? Sudahkah kamu semua bersedia?
Baiklah.....
Namaku adalah 'WANG'. Nama timang-timangan aku pulak adalah 'DUIT' dan nama popularku pulak adalah 'MONEY'.
Fizikal aku biasa-biasa sahaja. Tidaklah sekacak, secantik, segagah dan seayu kamu. Namun, aku mampu merombak segala aturan dunia. Hebat tak aku??
Aku juga mampu mengubah perilaku malahan sifat manusia kerana mereka menjadikan aku idola dalam kehidupan mereka.
Telah banyak manusia yang telah berubah keperibadiannya semata-mata kerana aku. Kerana aku, ada manusia yang sanggup mengkhianati temannya sendiri. Ada juga manusia yang sanggup menjual maruah dirinya semata-mata ingin mendapatkan aku bahkan meninggalkan keyakinan IMANNYA.
Semuanya dilakukan semata-mata demi AKU!!!!
Aku juga dijadikan manusia sebagai penentu antara kaya dan miskin, darjat dan pangkat serta antara terhormat dan terhina.
Aku bukanlah SYAITAN/IBLIS, tetapi ramai manusia yang melakukan kekejian demi mendapatkan aku.
Aku juga bukan orang ketiga, tapi ramai antara suami isteri yang berpisah kerana aku.
Gara-gara aku jugalah, anak dan orang tuanya berselisih pendapat dan bergaduh sesama sendiri.
Aku tidak pernah terfikir pun untuk mengorbankan diriku demi sesiapa. Tapi ramai manusia yang sanggup mengorbankan nyawanya demi aku.
Manusia sanggup berpeluh dan basah kuyup demi mendapatkan aku walaupun mengambil masa berabad lamanya.Namun, untuk mendapatkan ganjaran daripada ALLAH SWT. Sedikit masa pun mereka tak mampu nak luangkan.
Perlu aku ingatkan di sini. Aku hanya mampu menjadi alat untuk membayar segala resit ubat kamu. Tapi aku tidak mampu memberikan kesembuhan apatah lagi memanjangkan usiamu.
Andai tiba masa kamu dijemput menghadap yang Maha Esa. Aku takkan menemani kamu apatah lagi menjadi pembela dan penebus bagi dosa-dosa kamu.
Saat itu, ALLAH SWT akan memperhitung segala amalan kamu. Dan saat itu jugalah kamu akan menyedari bahawa aku sememangnya tidak berguna dan berfaedah.
Gunakanlah aku sebaik-baiknya selagi jangka hayatmu tersisa.
Ingatlah bahawa aku juga merupakan makhluk ALLAH SWT yang tidak mempunyai apa-apa sedangkan kamu merupakan sebaik-baik ciptaan-NYA.

http://kum-pun.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan