Home Klik Di Bawah

Jumaat, 12 April 2013

Resepi - Gulai Perut Bersama Rebung

Photo: Gulai perut campur rebung. Jemput tengok
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? lama sungguh Kasih Suci tidak berkongsi resepi masakan bersama kalian semua. Kebetulan Kasih Suci ada memasak makanan kegemaran kami sekeluarga iaitu gulai perut bersama rebung. Makan bersama nasi panas dan sambal belasan memang sedap ni, jika ada ikan kering dan ulam-ulaman kampung terus makan tak menoleh kiri kanan dah kan?




 Okey jom kita semak resepi mudah dari Kasih Suci ni.

Bahan-bahan:

500 gram perut lembut(basuh bersih dan rebuskan, kemudian hiris nipis memanjang)
rebung dua bungkus(cuci dan rebus sebentar)
cili api tiga  biji
kunyit hidup 2 cm
halia 1 inci
kelapa parut 1/2 biji kelapa(ambil santan pekatnya saja sekadar tenggelam rebung dan perut tadi)
garam
serai sebatang(dititik/diketuk sedikit)
sekeping asam gelugur/asam keping

Caranya: 

kisar lumat cili api, halia dan kunyit hidup. masukkan kedalam periuk bersama rebung dan perut yang telah ditoskan dari air rebusan tadi. Masukkan santan, asam keping, serai dan garam. sentiasa kacau kuah tadi dengan api sederhana supaya ia masak sekata dan tidak meruap. Biarkan mendidih hingga masak.
Hidangan ini tidakla terlalu pedas, bagi mereka yang gemar memakan masakan yang pedas boleh menambah jumlah cili api tersebut. Biasanya Kasih Suci akan gunakan cili api dalam jumlah ganjil mengikut petua orang lama katanya jika nombor ganjil kita tidak akan merasa pedas yang teramat dan tidak akan sakit perut akibat pijar cili api tersebut…wallahua’lam.
ammarblog.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan