Home Klik Di Bawah

Jumaat, 12 April 2013

Tips Memilih Warna Dan Corak Pakaian

Setiap antara kita mempunyai susuk tubuh yang berbeza-beza. Ada yang sedikit besar dan ada juga yang sedikit kecil. Ada juga yang tidak berapa besar dan tidak berapa kecil. Pemilihan warna dan corak pakaian yang sesuai dapat memberikan keyakinan yang lebih kepada si pemakainya.

Jom baca sikit, tips memilih warna dan corak pakaian mengikut bentuk tubuh.

Bertubuh besar.

Individu yang mempunyai bentuk tubuh yang sedikit besar sering menghadapi dilema dalam pemilihan pakaian. Individu jenis ini lebih sesuai untuk pakai pakaian yang sedikit gelap. Pilih corak yang menegak dan bunga yang agak kecil.




Bertubuh kurus.

Ada yang kata orang kurus senang je nak pilih pakaian. Tidak betul juga, kerana tak semua pakaian sesuai dipakai. Mereka perlu memilih pakaian yang berwarna cerah dan mempunyai corak melintang. Jika memilih kain untuk dijadikan baju kurung, pilihlah yang bercorak bunga besar, supaya nampak lebih berisi.

tips, warna, corak, bentuk tubuh, kain cotton 

Tubuh Bentuk Epal.

Jika anda mempunyai tubuh seperti ini pilihlah warna baju yang nampak neutral atau gelap. Cuba elakkan dari memakai baju bercorak agak cerah atau menyerlah di bahagian atas badan.

Tubuh bentuk buah pear.

Individiu yang mempunyai tubuh berbentuk buah pear, biasanya akan kelihatan lebar dibahagian bawah (pinggang kebawah). Untuk mengelakkan tumpuan yang lebih dan tidak seimbang, elok memakai baju yang berwarna cerah dan terang supaya nampak lebih seimbang dibahagian atas dan bawah.

Tubuh berbentuk jam pasir.

Rasanya ramai yang menginginkan bentuk badan seperti ini. Ianya kelihatan seimbang dari semua sudut bahagaian badan. Semuan baju yang dipakai pun mesti nampak cantik. Untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan, individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini harus memilih corak baju dan warna yang sederhana sahaja.
 http://kedaicotton.com/tips

2 ulasan: