Juan Manuel Fangio ialah pemandu lagenda
sukan F1. Beliau menjadi juara F1 sebanyak 5 kali sepanjang kareer
beliau. Kemenangan sebanyak 5 kali ini meletakkan beliau di tangga ke 2
dalam senarai pemandu terhebat F1 dibelakang Michael Schumacher. Fangio
memenangi kejuaraan dengan Ferrari, Alfa Romeo, Maserati dan Mercedes
Benz. Minggu lalu kereta Mercedes W196 Silver Arrow yang dipandu beliau
pada tahun 1954 dilelong dan ianya mencecah harga USD $29,607,760 (RM
96.7 Juta). Harga lelongan ini dengan mudah memintas rekod lelongan kereta termahal sebelum ini iaitu USD 16.7 Juta (RM 53.4 Juta) untuk Ferrari 250 Testa Rossa yang dilelong pada tahun 2011.
Laporan asal MotorAuthority/pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan