Ahad, 28 Julai 2013

1954 MERCEDES W196 SILVER ARROW KERETA TERMAHAL DUNIA

Juan Manuel Fangio ialah pemandu lagenda sukan F1. Beliau menjadi juara F1 sebanyak 5 kali sepanjang kareer beliau. Kemenangan sebanyak 5 kali ini meletakkan beliau di tangga ke 2 dalam senarai pemandu terhebat F1 dibelakang Michael Schumacher. Fangio memenangi kejuaraan dengan Ferrari, Alfa Romeo, Maserati dan Mercedes Benz. Minggu lalu kereta Mercedes W196 Silver Arrow yang dipandu beliau pada tahun 1954 dilelong dan ianya mencecah harga USD $29,607,760 (RM 96.7 Juta). Harga lelongan ini dengan mudah memintas rekod lelongan kereta termahal sebelum ini iaitu USD 16.7 Juta (RM 53.4 Juta) untuk Ferrari 250 Testa Rossa yang dilelong pada tahun 2011. 
 
 


 

Laporan asal MotorAuthority/pen patah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...