Pembaca yang dirahmati
oleh Allah subhana wa ta'ala. Penting bagi kita memahami ilmu dalam
kehidupan kita sebagai seorang muslim. Ibnu Sirrin berkata sesungguhnya
ilmu itu akan menjadi agama bagi kita, maka berhati-hatilah dari siapa
kita mengambil ilmu yang akan menjadi agama.
Imam Malik rahimahullah berkata, ada empat orang dimana kita dilarang mengambil ilmu dari mereka.
Pertama, jangan mengambil ilmu dari orang yang jelas kebodohanya. Mereka ini suka bercakap tanpa asas dan pengetahuan.
Kedua, Jangan
mengambil ilmu dari orang yang suka mengikuti hawa nafsunya. Orang
seperti ini biasanya hanya menggunakan ilmu sesuai dengan kepentingan
hawa nafsu.
Ketiga, jangan
mengambil ilmu dari orang yang suka berbohong. Walaupun dia tidak suka
mendustakan Rasulullah shalallahu 'alaihi wassalam. Mengapa demikian?
ketahuilah bahawa sifat suka berbohong adalah intipati dari semua dosa.
Keempat, jangan mengambil ilmu dari orang-orang yang tidak faham apa yang dia sampaikan.
Peringatan yang
disampaikan oleh Imam Malik itu penting untuk kita catat kan.
Terutamanya dalam urusan aqidah dan syariah walaupun pada keadaan yang
lain ini juga boleh berlaku untuk hal-hal yang bersifat umum dan
muamallah.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab
والله أعلمُ بالـصـواب
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan