PELAKON Abby Abadi yang juga digelar Ustazah Jadian oleh sesetengah
pihak, mengakui bernikah di Selatan Thailand dengan jejaka pilihannya,
Muhammad Noor Farhan Che Bakar.
“Ya, saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam
undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan
yang payah.
“Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT
kita perlu dahuluka, jadi saya dah lepas dengan Allah, maksudnya kita
dah bernikah itu yang terbaik, yang penting saya dapat elak dosa,”
katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Abby, 36, dan jejaka kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu dilaporkan bernikah sehari sebelum Ramadan iaitu pada 9 Julai lalu.
Perkenalan singkat mereka yang bertemu di pasar raya akhirnya berjaya
menyatukan dua hati ini dan kini Farhan dikatakan menjadi pekerja di
butik Abby yang terletak di Taman Melawati.
Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 31 Ogos di Kuala Lumpur dan di Tumpat, Kelantan pada 6 September depan.
Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Abby dan Farhan, semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
http://mynewshub.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan