Home Klik Di Bawah

Selasa, 23 Julai 2013

Puasa Hampir 24 Jam Di Utara Sweden


images 
Kita di Malaysia berpuasa tidak sampai 14 jam sehari.

Cuba bayangkan bagaimana anda menahan lapar dan dahaga hingga 24 jam.

Pelik? Tetapi ini adalah fakta yang berlaku dikalangan komuniti Islam di wilayah Kiruna, Sweden.

Timbul persoalan dalam benak fikiran mereka bagaimana untuk melaksanakan ibadah puasa jika lintasan matahari di wilayah utara negeri itu selama 24 jam.




“Kiruna tempat paling tinggi di wilayah ini (Sweden). Matahari tidak pernah terbenam selama beberapa bulan,” jelas seorang penduduk Muslin Kiruna, Ali Melhem.

Ali yang tinggal di Kiruna lebih 24 tahun menyifatkan waktu puasa yang panjang menyebabkan dirinya serta penduduk lain tidak mampu bertahan dan menjadi dugaan yang begitu berat.


ramadan kiruna sweden_billyinfo1 

Menurutnya, bulan Ramadan pada tahun-tahun sebelum ini jatuh pada musim luruh namun tahun ini jatuh pada awal musim panas.

Dia yang tetap berpuasa bersama isteri dan anak-anak telah berbincang dengan ulama-ulama di Iran dan Iraq berkenaan situasi mereka.

Bagaimanapun, perbincangan itu tidak memberi apa-apa jawapan yang jelas.

Dia yang menganut agama Islam Syiah itu menerima beberapa nasihat para ulama yang memintanya untuk menunda puasa sehingga musih luruh tiba.

Namun, ada juga saranan daripada ulama lain yang menyarankan agar mereka tetap berpuasa tetapi mengikut waktu terbenam dan terbit matahari di wilayah yang terdekat.

Saranan tersebut dilihat wajar apabila beberapa penduduk Muslim di Kiruna merujuk waktu di wilayah Lulea dan Umea.

Dua wilayah itu diizinkan Allah untuk bertemu waktu malam walaupun tempohnya hanya satu jam.

Menurut sumber, daripada sembilan juta populasi penduduk di Sweden, kira-kira 350 ribu adalah penganut beragama Islam.

Memetik kenyataan Islamic Centre di Malmo, Sweden, mereka masih belum mendapatkan sebarang penjelasan secara jelas dari pakar agama dan ulama.

Jika mereka mampu untuk berpuasa dalam tempoh tersebut, bagaimana pula dengan kita di Malaysia?
 akustressgila.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan