Home Klik Di Bawah

Sabtu, 13 Julai 2013

Di Sebalik Surat

Pernah dapat surat? Pernah baca surat? Pernah bagi surat? Pernah ambik tahu perkara di sebalik sepucuk surat? Nak tahu perkara yang ada di sebalik surat? Sila baca surat, Eh! Sila baca...

1) Posmen selalu dilihat menghantar surat ke rumah akan tetapi belum pernah terlihat surat menghantar posmen ke rumah bilamana posmen menghadapi masalah di jalan raya.

2) Walaupun di setiap surat adanya setem yang mempunyai harga tertentu, korang sesekali tidak dibenarkan mengantikan gula-gula dengan setem walaupun harganya sama.
 
 

3) Surat yang paling ditunggu-tunggu adalah surat dari kekasih hati dan surat yang paling digeruni ialah surat dari bank yang mengatakan bahawa kereta korang akan ditolong tarik secara berhemah.

4) Surat layang, burung layang-layang dan bermain layang-layang di petang hari adalah tiga perkara yang berlainan. Jangan sesekali menyuruh burung layang-lyang menghantar surat layang sambil bermain layang-layang.

5) Melekatkan setem kepada surat khabar tidak sesekali akan mengubah surat khabar menjadi surat biasa dan bertanya khabar kepada surat khabar adalah perkara sia-sia.

6) Maksud tersurat adalah bukan sejenis surat rasmi, mahupun bukan surat rasmi yang boleh ditampal setem.

Oleh itu terdapat banyak maksud surat di sebalik surat tersebut... Anda memahami atau tidak itu terpulang kepada anda... yang penting surat yang dihantar sampai dirumah bukan ketika anda berada di shoping kompleks. 
 http://shakroil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan