Home Klik Di Bawah

Sabtu, 13 Julai 2013

Inilah Anugerah Allah Yang Membahagiakan..


Tak terbayangkan sebelum ini bila dia kini menjadi isteri. Kerana dialah yang sering menjadi topik perbualan teman – temannya. Kadangkala tidak sedar berkali kali dia mencubit pipi gempalnya itu. “Ah ini bukan mimpi…kamu jadi isteriku sekarang!”  
 
Ya, perkahwinan adalah perkara yang diidamkan bagi sesiapa sahaja. Inilah anugerah Allah yang membahagiaan. Setelah sekian lama menahan dengan berbagai dugaan untuk tidak bercouple. Setelah sekian lama bertahan untuk selalu dalam perintah Ar Rahman, kini semuanya sudah dihalalkan! 




Dia yang dulu hanya boleh dilamunkan dalam angan, kini boleh diajak bersembang dan dibawa jalan-jalan. Dia yang dulu hanya boleh disebut dalam doa di tengah malam, kini sudah boleh diajak makan di restoran. Kerana dia sudah halal menjadi pasangan hidup kita. Kerana dia sudah secara rasmi menjadi belahan jiwa kita yang paling setia.

Nikmatilah kebahagiaan yang halal itu. Kebahagiaan yang hanya dapat dirasakan bagi mereka yang mahu dan mampu untuk menghindari zina semasa dia bujang. Kelegaan kerana dapat bertemu dalam redha dan kasih sayang Allah.

Ceria kerana dapat disatukan dalam kelebihan dan keterbatasan. Dialah isterimu yang selama ini kamu tunggu. Dialah kekasihmu yang selama ini kamu cari dan kamu nantikan untuk menjadi suaminya. Bahagialah dengan kehalalan ini, dan dapatkanlah apa yang selama ini kamu tahan.

Selamat kerana selama ini hatimu adalah hati perawan. Kerana hanya kepada Allah segala cintamu tertanam. Kamu bersusah payah membersihkan hati dari  godaan. Selamat juga bagi kamu yang telah berjaya bertahan melawan godaan paha terbuka, pakaian ketat dan rayuan perempuan di pinggiran jalan. 

Selamat bagi kalian berdua yang sudah menjaga itu semua, hingga kemudian bertemu pada akhir perjalanan. Ini hadiah buat kalian, hadiah yang akan sangat bermakna. Bersatu dalam cinta yang membahagiakan.
Kini kalian boleh bercinta. Mengirim sms cinta sepuas dan sebanyak yang kamu punya. Kini kalian boleh merangkai kata sayang sehingga berantai dan tiada putus-putusnya. Kerana dia adalah suami sahmu, dan dia adalah isteri halalmu. 

Semuanya sudah dibolehkan, pintu itu terbuka lebar. Jadilah romantis untuk isteri atau suami kamu yang manis. Jangan mendadak menjadi bengis hanya kerana si dia menangis, kerana boleh jadi dia hanya ingin mengatakan sesuatu padamu, tetapi hanya bahasa tangis yang dia tahu. 

Jalani keindahan ini dengan tawa, canda yang berbalas dan sakinah yang berkat. Selamat berkahwin, semoga selalu dalam cinta hingga ke jannahnya.

-Ustaz Burhan Shodiq
pakar cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan