Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Jumaat, 26 Julai 2013
Petua Ustaz Mengenai Ikan Merah
LAIN orang lain ragam dan lain orang juga lain petuanya.
Menurut
pendakwah bebas, Daud Che Ngah, ketika mengail di perairan Labuan, ada
petua tertentu yang diamalkan oleh orang di sana. "Saya tidak pasti bagaimana
ikan berkomunikasi tetapi menurut rakan dari Labuan, jika ikan merah meragut
umpan dan berjaya dinaikkan, jangan sekali-kali memegang ikan itu.
"Kalau
sayang sekali pun pada tali pancing anda, potong saja talinya dan pasang
mata kail baru. Kalau anda memegang ikan merah itu, tidak akan ada lagi
ikan merah yang akan dinaikkan selepas itu," katanya.
Ustaz Daud berkata,
mungkin ketika menggelupur ada isyarat bunyi tertentu yang dihantar kepada
ikan merah lain di air. Ikan merah bergerak berkumpulan, jadi apabila seekor
berjaya dikail mungkin ada ikan lain menyedari ia kehilangan 'rakan'.
"Kuasa
Allah semuanya boleh berlaku dan tidak sampai pada pemikiran kita," kata
Daud yang sentiasa membawa ke mana sahaja joran apabila ke luar daerah.
Beliau juga pernah memancing di perairan Pangkor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan