Home Klik Di Bawah

Jumaat, 26 Julai 2013

Resepi Koteow Teng Mudah

 
resipi yang di cilok dari jiran tetangga aku..aku bagi sukatan berdasarkan apa yang aku buat hari ni...kalo korang nak lebih tambah ikut suka hati la yea... 



 bahan-bahan:
4 ketul isi ayam 
10-15 ulas bawang putih 
2 keping fish cake
sepeket fish ball (aku guna yang cute2 jerr..tak pakai yang besar) 
2 ketul tauhu 
2 sudu cili kering yang telah dikisar 
daun sup, daun bawang sebagai ulam-ulaman 
taugeh 50 sen 
2 bungkus kue teow 
2 ulas bawang merah dan minyak untuk menumis 
air secukupnya (kalo nak mandi sup boleh pakai 2 kolah air) 
garam dan serbuk perasa (jangan ambik perisa vanila plak) 
 style aku masak plak... 
  1. rebus isi ayam untuk dapatkan stok ayam (tak kan jadi stok itik plak). masukkan secubit garam. bila ayam lembut, asingkan isi dan stok ayam tadi. isi ayam dikoyak-koyak halus. 
  2. panaskan minyak dan tumis bawang merah.bilang kuning2, masukkan stok ayam dan tambah air secukupnya. biar kuah mendidih. masukkan garam dan serbuk perasa. sementara sup mendidih, boleh la celur fish cake, fish ball dan taugeh. bila dah lembut toskan dan potong halus dan nipis. 
  3. tumbuk bawang putih hingga lumat. panaskan minyak dan goreng bawang putih tadi sampai perang. bila dah perang masukkan bawang putih sekali dengan minyak goreng tadi dalam bekas yang sesuai. aku syorkan lebihkan sket minyak untuk mengelak bawang tadi melekat lekit.
  4. panaskan minyak untuk tumiskan cili kering yang dikisar, masukkan secubit garam. kalau nak masukkan cuka 2,3 titik pun boleh. tumis sampai naik minyak dan angkat. 
  5. tauhu di goreng dan di potong dadu..pastu celur kue teow 
siap sedia untuk di makan masa yang diambil untuk siapkan semua ni 1 jam kot..sensorang buat... 
jom jamu mata bila dah siap macam mana ropa kue teow teng nih... 
ini bahan-bahan hiasan dalaman...dalam mangkuk putih kat atas ni adalah bawang putih yang ditumbuk dan digoreng..mesti ada minyak dalam mangkuk

camni la ropa kue teow teng

yang ni bahagian aku.. x suka letak daun2 hijau...


 pestime try buat..boleh la sekadar nak isi perut...
 http://www.cikgubest.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan