Home Klik Di Bawah

Isnin, 26 Ogos 2013

5 Lagi Objek Paling Berhantu Sepanjang Zaman

1) Dua Kerusi Istana Belcourt

Newport, Rhode Island ialah salah sebuah pekan tertua di Amerika Syarikat (AS). Penempatan di sini bermula pada tahun 1690, dan pada awal abad ke-20, pekan pelabuhan itu bertukar menjadi destinasi percutian musim panas untuk keluarga-keluarga mewah di AS. Mansion-mansion di Newport bertaraf legenda, begitu juga dengan kisah-kisah seram berkaitan dengannya.

Istana Belcourt diasaskan oleh Oliver Hazard Perris Belmont, seorang sosialit yang kaya raya juga seorang ahli politik, pada tahun 1894. Terdapat banyak gangguan yang didokumenkan pernah belaku di rumah mewah ini, tetapi gangguan paling terkenal membabitkan dua buah kerusi.




Pelawat yang duduk di kerusi-kerusi ini berkata mereka serta merta berasa seram sejuk dan tidak selesa. Tangan mereka seolah-olah di renjat dengan elektrik statik. Ada yang mendakwa bila mereka duduk di kerusi itu, mereka merasa seolah-olah sedang duduk atas seseorang. Beberapa pelawat yang cuba duduk juga pernah dihumban sehingga terjatuh oleh kuasa yang tidak dapat dilihat.

2) Anak Patung Sumpah


Pada tahun 1896, anak patung yang menakutkan ini milik seorang kanak-kanak bernama Robert Eugene Otto di Key West, Florida. Anak patung itu diberi kepada kanak-kanak itu oleh seorang pembantu rumah Robert yang mengamalkan ilmu sihir, dan tidak suka kepada keluarga majikannya. Robert sukakan anak patung itu, dan sering bercakap-cakap dengan patungnya. Semakin lama, pembantu-pembantu rumah yang lain mula merasakan ada yang aneh dengan anak patung tersebut. Dakwa mereka, mereka ada kalanya mendengar sendiri anak patung itu membalas kata-kata Robert.
Tidak lama selepas itu, anak patung itu mula bikin onar, dan Rober yang ketakutan akan mengatakan dia tidak terlibat. Bilik-bilik diselerakkan, pasu-pasu dipecahkan, dan Robert telah dipersalahkan walaupun dia kelihatan benar-benar takut dan mendakwa semuanya ialah perbuatan anak patung tersebut.

Robert telah mewarisi rumah tersebut dan meninggal dunia pada tahun 1972, jadi rumah itu kemudiannya dibeli oleh satu keluarga lain. Ahli keluarga itu, seorang budak perempuan telah terjumpa patung itu di loteng rumah, dan serta mesra berasa takut dengan patung itu. Katanya, patung itu hidup dan mahu membunhnya.

Anak patung itu akhirnya diletakkan di sebuah galeri seni dan muzium sejarah di Key West, di mana ia terus dipamerkan sehingga hari ini. Memang aneh, kerana legenda mengatakan yang anak patung itu boleh menyumpah manusia. Muzium itu turut mempamerkan surat-surat dari individu yang mendakwa telah ‘disumpah’, meminta maaf kerana mengambil gambar anak patung tersebut tanpa meminta izin darinya dan meminta mereka dibebaskan dari sumpahannya.
Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

3) Patung “The Women From Lembi”


Diberi nama jolokan “Dewi Maut”, patung The Women from Lembi diukit dari batu kapur asli yang ditemui pada tahun 1878 di Lemb, Cypruss. Item itu dikatakan dibina sekitar 3500 sebelum masihi, dan dipercayai mewakili satu dewi yang melambangkan kesuburan.Patung itu pada mulanya dimiliki oleh Lord Elphont, dan dalam masa enam tahun selepas memiliki patung tersebut, kesemua Lord Elphont tujuh orang ahli keluarganya telah meninggal dunia atas sebab-sebab yang misteri.

Kedua-dua pemilik patung itu selepas itu, Ivor Manucci dan Lord Thompson-Noel, kemudiannya telah meninggal dunia bersama semua ahli keluarga mereka, hanya dalam beberapa tahun selepas patung itu disimpan di rumah milik mereka.

Pemilik keempat, Sir Alan Riverbrook, turut meninggal dunia, bersama dengan isteri dan dua anak perempuannya. Walaupun tidak mempercayai kuasa mistik, dua orang anak lelaki Riverbrook yang masih hidup berasa takut dengan kematian ahli keluarga yang berlaku secara misteri, dan telah mendermakan patung itu kepada Muzium Diraja Rakyat Scotland di Edinburgh. Ia ada di sana sehingga hari ini.

Tidak lama selepas patung itu diletakkan di muzium, ketua muzium juga telah meninggal dunia. Tidak ada sesiapa selepas itu yang berani menyentuh patung itu, yang diletakkan dalam kotak kaca dan dilindungi dari sentuhan manusia.

4) Lukisan “The Anguished Man”


Lukisan yang nampak menyeramkan ini disimpan di loteng rumah nenek Sean Robinson selama 25 tahun sebelum dia mewarisinya. Neneknya sering memberitahu Robinson bahawa lukisan itu berkuasa jahat, menerangkan yang pelukis asalnya telah mencampurkan cat dengan darahnya sendiri untuk melukis dan telah membunuh diri setelah lukisan ini disiapkan. Neneknya mendakwa pernah mendengar suara-suara dan bunyi orang menangis semasa ia diletakkan di ruang tamu, serta bayang-bayang seorang lelaki sering berlegar dalam rumah, sebelum lukisan itu disimpan saja di loteng.

Sebaik saja Robinson membawa lukisan itu ke rumahnya sendiri, dia dan keluarganya mula mengalami kejadian-kejadian aneh yang sama seperti diceritakan oleh neneknya, Anak lelaki Robinson telah jatuh tangga seolah-olah ditolak, rambut isterinya seolah-olah dibelai oleh orang halimunan dan mereka melihat kelibat hitam seorang lelaki berlegar dalam rumah serta bunyi tangisan.

Robinson telah mengambil keputusan untuk mengambil video kejadian-kejadian aneh ini semalaman. Video-video YouTube Robinson menunjukkan pintu berdentam sendiri, asap, serta lukisan jatuh tanpa sebab.

Ketakutan, Robinson kemudiannya meletakkan lukisan itu di bilik bawah tanah, tetapi dia tidak berminat untuk menjualnya.

5) Kerusi maut

Pada tahun 1702, seorang penjenayah bernama Thomas Busby bakal menjalani hukuman mati. Permintaannya yang terakhir ialah untuk dirinya makan buat kali terakhir di sebuah pub kegemarannya di Thirsk, England. Dia menghabiskan makanan, berdiri dan berkata “semoga orang yang berani duduk di kerusi ini mati serta merta.”

Kerusi itu terus berada di pub itu selama beberapa abad, dan pengunjung pub biasanya akan mencabar antara satu sama lain, siapa yang berani duduk di kerusi tesebut. Semasa Perang Dunia Ke-II, anggota-anggota tentera udara dari kem berdekatan sering mengunjungi pub tersebut, namun orang tempatan menyedari mereka yang pernah duduk di kerusi itu tidak pernah kembali dari medan perang.

Pada tahun 1967, dua orang tentera udara duduk di kerusi itu, kemudiannya meninggal dunia apabila trak yang mereka naiki terbabas dan menghentam pokok. Pada tahun 1970, seorang tukang simen duduk di ‘kerusi panas’ itu, kemudiannya terbunuh kerana terjatuh dalam lubang di tempat kerja pada tengahari yang sama.

Bilangan mangsa kian bertambah, sehinggalah pemilik pub memindahkan kerusi tersebut ke bilik bawah tanah. Malangnya, walaupun di bilik bawah tanah, kerusi itu membawa maut kepada seorang lelaki yang duduk melepaskan penat di kerusi itu setelah memindahkan barang. Lelaki itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada hari yang sama.

Setelah itu, pemilik pub mendermakan kerusi itu kepada muzium tempatan pada tahun 1972. Dalam muzium itu, ia diletakkan secara tergantung lima kaki di udara supaya tiada siapa yang membuat kesilapan serupa. Nasib baik tiada siapa duduk di kerusi itu sejak itu.
amazing nara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan