Home Klik Di Bawah

Isnin, 26 Ogos 2013

8 Panduan Untuk Meramal Cuaca Menerusi Perubahan Alam

Apa yang dipaparkan ini merupakan pengalamanan dari pengamatan alam dilingkungan hidup orang-tua kita. Bagaimana mereka sempat memerhatikan keindahan dan keajaiban alam sehingga mampu meramalkan cuaca walaupun tidak seratus peratusnya tepat.

Wallahualam 
Cuaca yang tidak menentu..ada kala mendung dan kadang kala hujan sehinggakan ada terpalit dalam peribahasan melayu, Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari, mungkin di situ menunjukkan yang cuaca itu adalah sesuatu perkara yang sukar diramal dan sentiasa berubah, tetapi melalui kaedah dan teknologi semasa, manusia hanya membuat penilaian dan melakukan kajian bagi mencari kesasihan.!! Jadi nak tau cara2 semulajadi yang dikatakan mampu meramal keadaan cuaca, jom kita selongkar caranya..!!!
 


1. Perhatikan Embun di Rumput Semasa Matahari Terbit
Jika rumput kering, ini menandakan ada awan atau angin yang kencang, yang memungkinkan berlakunya hujan. jika ada embun, kemungkinan tidak akan hujan pada hari itu. Tetapi, jika pada malam hari sebelumnya hujan, kaudah ini tidak boleh digunakan.

2. Melihat Tanda Merah
Jika anda melihat cahaya merah ketika matahari terbenam (lihat ke arah barat). ada cahaya merah di langit kerana adanya udara bertekanan tinggi yang mengumpulkan debu-debu yang ada di udara. karena arus angin biasanya bergerak dari barat ke timur, maka udara kering menuju ke arah kita.
Jika melihat cahaya merah saat matahari terbit (lihat ke arah timur) berarti udara kering sudah lewat, dan diikuti udara bertekanan rendah yang membawa udara lembab.

3. Melihat Pelangi
 Pelangi di barat biasanya disebabkan oleh cahaya matahari pagi di timur mengenai udara lembab. Kebanyakan badai bertiup dari barat ke timur, dan pelangi di barat berarti udara lembab, yang berarti hujan akan datang.  Sebaliknya pelangi di timur, di sekeliling matahari, berarti hujan sudah berlalu. Hari yang cerah akan muncul pada hari itu (ataupun terik panas)

4. Melalui Arah Tiupan Angin

Angin timur dapat menandakan dekatnya badai, sedangkan angin barat sebaliknya. Angin yang kencang menunjukakan terdapatnya perbezaan tekanan yang tinggi, yang membawa tanda datangnya angin atau ribut.

5. Aroma Udara
Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan zat perkumuhannya ketika udara bertekanan rendah, sehingga menghasilkan bau aroma seperti kompos/baja dan menandakan akan turun hujan.rawa akan mengeluarkan gas sesaat sebelum badai akibat udara bertekanan rendah, dan menyebabkan bau tidak enak.
wangian bunga lebih semerbak di udara yang lembab, yang berarti akan turun hujan.


6. Memerhatikan Awan
Awan bergerak dengan arah yang berlawanan, kemungkinan akan hujan

Awan Cumolonimbus
Awan cumolonimbus di awal-awal hari dan berkembang sepanjang hari, kemungkinan cuaca akan buruk. Ciri-ciri awan ini mempunyai bayangan gelap di sisi bawah awan nya. Biasanya kita menyebutnya dengan awan mendung. Padahal selain formasi awan ini, masih ada lagi formasi awan yang boleh menyebabkan hujan.


Awan Mammatus

Awan mammatus, berbentuk seperti kumpulan buah anggur yang ada di langit. Formasi awan ini dapat diramalkan akan ada terjadinya petir pada saat hujan turun. Jadi jangan pergi ke tempat yang tinggi-tinggi jika di langit mulai kelihatan formasi awan mammatus.


Awan Cirrus

Awan sirrus, berbentuk seperti helaian kapas. Walaupun terlihat indah sebelumnya, formasi awan ini menyebabkan cuaca buruk dalam 36 jam berikutnya. Maka dari itu selesaikan semua tugas anda segera, jika tidak mahu pulang ke rumah bermandikan hujan.

7. Membuat Api Unggun 
 Jika asap api unggun tersebut brbentuk pusaran dan tidak naik ke atas, ini disebabkan karena rendahnya tekanan udara, yang bererti akan hujan


8. Melihat Bulan di Waktu Malam

Jika waktu melihat bulan tampak jelas dan terang, mungkin akan terjadi hujan.
juga jika terdapat cincin di sekeliling bulan, dapat ramalkan hujan akan turun dalam 3 hari berikutnya.

Alam bukan hanya sebuah lingkungan tempat kita tinggal, tetapi juga mempunyai informasi-ini
selongkar10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan