Home Klik Di Bawah

Sabtu, 3 Ogos 2013

Mencintai Tanpa Kata Sempurna

 

Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN, yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu… Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba membandingkannya dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
 

  
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…

Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… Itu lebih BERMAKNA!!

kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini… Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…

Mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN.. Itulah PASANGAN saling melengkapi…

Apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi.. Pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…

Mencari yang sempurna… SEMPURNAKAH dirimu?? Tepuk dada tanyalah IMAN…

Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan… Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah kekurangannya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai RedhaNya.. Ingatlah Kesempurnaan Hanya Milik Allah.
[ Pakar Diari Hati ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan