Home Klik Di Bawah

Jumaat, 16 Ogos 2013

[Unik] La Scala di Santa Maria del Monte - Tangga Berhias Paling Cantik Di Dunia

Bagi kebanyakkan orang, tangga mungkin merupakan struktur yang kelihatan biasa dan hanya berfungsi untuk menghubungkan satu aras dengan aras yang lain..Namun, di Itali, terdapat sebuah tangga yang dihias cantik dan kini memegang gelaran sebagai tangga berhias paling cantik di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


 
 
 

Terletak di sebuah bandar Sicily iaitu Caltagirone, tangga yang dikenali sebagai "La Scala di Santa Maria del Monte" terdiri daripada 142 anak tangga yang mana setiap satunya dihiasi dengan corak seramik yang berbeza. Ia merupakan satu keajaiban yang perlu dilihat, terutamanya pada musim bunga dan musim panas kerana ketika itulah para penduduk akan menghiasi tangga tersebut dengan pasu-pasu bunga, lampu dan reka bentuk hiasan yang rumit.

Terletak kira-kira 68 kilometer dari Catania, bandar Caltagirone ini telah lama terkenal dengan pengeluaran tembikar. Nama bandar tersebut juga diperoleh dari bahasa Arab qal'at-al-jarar yang membawa maksud "Istana Tembikar" dan sesuai dengan tradisi pembuatan tembikar yang sangat sempurna. Bakat tukang tempatan di Caltagirone amat dikagumi kerana segala-galanya dari istana, gereja dan monumen serta taman-taman dan dataran di sini dilindungi dengan seramik yang cantik.

Tangga yang dibina sejak tahun 1608 ini menjadi bukti kepada kepada tradisi bandar berkenaan. Selain itu, hiasan jubin dan seramik yang terdapat di tangga ini juga diilhamkan oleh budaya tempatan. Tangga Santa Maria del Monte merupakan tarikan utama bandar Sicily, dan ia adalah di sini bahawa penduduk tempatan meraikan perayaan mereka yang paling penting, La Scala Infiorata dan La Luminaria, di mana mereka menggunakan tangga sebagai kanvas untuk karya bunga dan cahaya.


Setiap tahun, semasa sambutan La Scala Infiorata, iaitu Festival Bunga Caltagirone, tangga Santa Maria del Monte akan dihiasi dengan beribu-ribu tumbuhan pasu yang diatur untuk mewujudkan reka bentuk hiasan yang besar. Dari 8 Mei hingga 2 Jun setiap tahun, para pelancong amat dialu-alukan melawat ke bandar tembikar Sicily bagi mengagumi sendiri reka bentuk hiasan bunga yang terbentang dari bahagian bawah tangga hingga sepanjang jalan ke atas tangga. Mereka juga boleh berjalan melalui deretan pasu bunga dan melihat sendiri setiap hiasan secara rapat. Acara yang unik ini adalah satu penghormatan kepada Our Lady of Conadomini,  dewa pelindung Caltagirone, dan setiap tahun ia menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia.

Selain dari itu, kurang daripada dua bulan selepas sambutan La Scala Infiorata, tangga Santa Maria del Monte akan menjadi tuan rumah kepada satu lagi persembahan menakjubkan. Pada malam 24 dan 25 Julai, Festival Luminaria akan diadakan bersempena San Giacomo, dan setiap anak tangga tersebut akan dihiasi dengan 4,000 buah lampu buatan tangan yang disusun dalam corak rumit oleh artis-artis tempatan. 

Persediaan sambutan La Luminaria akan bermula kira-kira sebulan sebelum hari-hari khusus untuk San Giacomo, dengan para artis membuat silinder kertas khas telus, yang dipanggil "briglia", di mana mereka akan meletakkan lampu seramik dilengkapi dengan sumbu kapas. Beberapa jam sebelum persembahan cahaya, lampu tersebut akan diisi dengan minyak zaitun yang menghasilkan minyak wangi yang menyenangkan apabila lampu tradisional itu menyala. Setiap tahun, reka bentuk hiasan mozek cahaya akan dirahsiakan dari pengetahuna umum sehingga ia siap untuk mengejutkan para penonton.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
drysheet blogport

p/s: Cantik kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan