5 Ciri-cari Tarikan Sebenar Wanita Menurut Islam | Wanita
sememangnya mempunyai daya tarikan yang istimewa untuk menarik minat
lelaki supaya mendekatinya. Kalau dilihat pada zaman kini, kebanyakan
wanita memilih untuk lebih kelihatan seksi namun bagi lelaki yang ingin
mencari BAKAL ISTERI, nescaya itu hanyalah mainan sahaja. Jadi, wanita
sekalian, mari ketahui ciri-ciri tarikan wanita yang sebenarnya.
Budi Bahasa Dari Jiwa
Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan
zahir atau akhlak yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi
penilaian. Adakah dia seorang yang sabar, jujur, berpendidikan atau
setidak-tidaknya tahu hal dunia hari ini?
Atau adakah dia seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan
sebagainya? Semua yang terpacul dari lidah bermuara di hati nurani
masing-masing. Wajah ayu yang sedap dipandang janganlah bertukar pahit
apabila terdengar bahasa yang menyakitkan telinga.
Mekap Yang Memikat
Jangan salah tafsir tentang mekap! Yang dimaksudkan di sini adalah air
wudhu’ untuk pembersih dan penyegar wajah. Untuk pembayang mata dan
melentikkannya, gunakanlah jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis
setiap penahan syahwat. Manakala pemerah birbir yang sesuai adalah
kata-kta penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar dengan
penuh keinsafan. Dijamin lelaki yang beriman amat meminati wanita
seperti ini.
Busana Takwa
Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang
bertakhta permata-pertama berkilau. Kerana itulah keindahan wanita
diabadikan di dalam Al-Quran dengan pakaian dan perhiasannya. Tetapi
kegilaan pada fesyen yang mendedahkan aurat wanita saat ini amat
membimbangkan. Wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh
menjadi daya tarikan lelaki.
Adakah mereka terfikir bahawa sebenarnya lelaki amat kuat cemburu?
Mereka benar-benar bersungguh-sungguh ingin menjadikan anda isteri tidak
akan berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia
menunjukkan kerendahan akhlak dan kemurahan peribadi. Bayangkan barang
yang tertutup kemas dan terlindung pasti lebih tinggi nilainya daripada
barang yang telah dibuka dipegang dan dilihat sesuka hati sesiapa jua.
Sebenarnya pakaian adalah gambar keperibadian yang sesungguhnya dan
tersirat tabiat si pemakainya.
Suka Dikritik Dan Bersikap Terbuka
Menjadi pasangan ideal bukannya mudah. Perlukan kesabaran untuk kekal
disisinya. Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia
suka dan apa yang tidak disukainya. Bukan bererti mengikut secara total
segala kemahuan lelaki. Berikan pertimbangan sewajarnya, buka
perbincangan untuk kebaikan bersama. Jangan ego dan cepat berkecil hati.
Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda
untuk menyatakan pendapatnya.
Di dalam hubungan kasih sayang, saling mengekspresikan diri sungguh
menyeronokkan dan tidak akan bosan anda melayan kerenah masing-masing.
Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di
atas. Bagi anda yang mahu berubah tidak akan kata terlambat untuk
membaiki diri, Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita
sebagai penyempurna kebahagiannya. Tetapi wanita mesti lebih peka
terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan
satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.
Wanita Hebat
Wanita hebat adalah mempunyai cirri-ciri berjiwa pahlawan, suka menolong
orang dan bukan sebaliknya suka menyusahkan orang. Begitulah gambaran
wanita yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapapun,
mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah. Bahkan dialah
penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan.
Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan
keberanian menghadapi segala ujian kehidupan. Tidak lemah dan manja,
bukan seorang yang pemalas dan cepat putus asa. Begitulah daya tarikan
yang lebih tinggi nilainya dari sekadar kecaantikan paras muka yang
semakin lama semakin pudar dimakan usia. Tetapi kekuatan peribadi takkan
sirna ditelan zaman.
Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di
atas. Bagi anda yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk
membaiki diri. Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita
sebagai penyempurna kebahagiaannya. Tetapi wanita mesti lebih peka
terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan
satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.
Rasulullah SAW bersabda, “Wanita itu dikahwini kerana empat perkara,
kerana hartanya, kecantikkannya, nasab keturunannya dan agamanya.
Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.” notahati.com/ http://ciffahmimalomuchacha.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan