Isnin, 16 September 2013

5 Ciri-cari Tarikan Sebenar Wanita Menurut Islam


5 Ciri-cari Tarikan Sebenar Wanita Menurut Islam

5 Ciri-cari Tarikan Sebenar Wanita Menurut Islam | Wanita sememangnya mempunyai daya tarikan yang istimewa untuk menarik minat lelaki supaya mendekatinya. Kalau dilihat pada zaman kini, kebanyakan wanita memilih untuk lebih kelihatan seksi namun bagi lelaki yang ingin mencari BAKAL ISTERI, nescaya itu hanyalah mainan sahaja. Jadi, wanita sekalian, mari ketahui ciri-ciri tarikan wanita yang sebenarnya.
 
 
Budi Bahasa Dari Jiwa
 
Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi penilaian. Adakah dia seorang yang sabar, jujur, berpendidikan atau setidak-tidaknya tahu hal dunia hari ini?
 
Atau adakah dia seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan sebagainya? Semua yang terpacul dari lidah bermuara di hati nurani masing-masing. Wajah ayu yang sedap dipandang janganlah bertukar pahit apabila terdengar bahasa yang menyakitkan telinga.
 
Mekap Yang Memikat
 
Jangan salah tafsir tentang mekap! Yang dimaksudkan di sini adalah air wudhu’ untuk pembersih dan penyegar wajah. Untuk pembayang mata dan melentikkannya, gunakanlah jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis setiap penahan syahwat. Manakala pemerah birbir yang sesuai adalah kata-kta penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar dengan penuh keinsafan. Dijamin lelaki yang beriman amat meminati wanita seperti ini.
 
Busana Takwa
 
Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang bertakhta permata-pertama berkilau. Kerana itulah keindahan wanita diabadikan di dalam Al-Quran dengan pakaian dan perhiasannya. Tetapi kegilaan pada fesyen yang mendedahkan aurat wanita saat ini amat membimbangkan. Wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh menjadi daya tarikan lelaki.
 
Adakah mereka terfikir bahawa sebenarnya lelaki amat kuat cemburu? Mereka benar-benar bersungguh-sungguh ingin menjadikan anda isteri tidak akan berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia menunjukkan kerendahan akhlak dan kemurahan peribadi. Bayangkan barang yang tertutup kemas dan terlindung pasti lebih tinggi nilainya daripada barang yang telah dibuka dipegang dan dilihat sesuka hati sesiapa jua. Sebenarnya pakaian adalah gambar keperibadian yang sesungguhnya dan tersirat tabiat si pemakainya.
 
Suka Dikritik Dan Bersikap Terbuka
 
Menjadi pasangan ideal bukannya mudah. Perlukan kesabaran untuk kekal disisinya. Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak disukainya. Bukan bererti mengikut secara total segala kemahuan lelaki. Berikan pertimbangan sewajarnya, buka perbincangan untuk kebaikan bersama. Jangan ego dan cepat berkecil hati. Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan pendapatnya.
 
Di dalam hubungan kasih sayang, saling mengekspresikan diri sungguh menyeronokkan dan tidak akan bosan anda melayan kerenah masing-masing. Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas. Bagi anda yang mahu berubah tidak akan kata terlambat untuk membaiki diri, Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiannya. Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.
 
Wanita Hebat
 
Wanita hebat adalah mempunyai cirri-ciri berjiwa pahlawan, suka menolong orang dan bukan sebaliknya suka menyusahkan orang. Begitulah gambaran wanita yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapapun, mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah. Bahkan dialah penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan.
Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan keberanian menghadapi segala ujian kehidupan. Tidak lemah dan manja, bukan seorang yang pemalas dan cepat putus asa. Begitulah daya tarikan yang lebih tinggi nilainya dari sekadar kecaantikan paras muka yang semakin lama semakin pudar dimakan usia. Tetapi kekuatan peribadi takkan sirna ditelan zaman.
 
Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas. Bagi anda yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri. Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya. Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.
 
Rasulullah SAW bersabda, “Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikkannya, nasab keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.” notahati.com/ http://ciffahmimalomuchacha.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...