Home Klik Di Bawah

Jumaat, 13 September 2013

Saya Maafkan Kamu



 https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/p480x480/481808_368304506608516_1708907002_n.jpg
Saya Maafkan Kamu
Ungkapan "Saya Minta Maaf & Saya Maafkan Kamu" adalah antara ungkapan yang  amat mudah diucapkan, tetapi sebenarnya amat sukar untuk dipraktikkan.

Di dalam al-Quran, ALLAH menjelaskan bahawa perbuatan meminta dan memberi maaf adalah antara amalan mulia yang melayakkan seseorang muslim mendapat ganjaran yang tinggi di sisi-NYA:
Terimalah kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil. - Surah al-A‘raf : 199

Walaupun ianya sukar tapi tidak mustahil jika kita benar-benar ikhlas untuk melakukannya. Marilah kita sama-sama menjadi insan pemaaf, kerana ianya dapat menghapus dosa dan memudahkan jalan kita ke surga. Allah tidak akan mengampuni dosa seseorang dan tidak akan memasukkannya ke surga sebelum orang tersebut terlebih dulu menyelesaikan urusannya di dunia, sangkut pautnya dengan orang lain sehingga mereka berdamai dan saling memaafkan.





Memberi & menerima kemaafan juga dapat menjadikan hati tenang. Dosa adalah sesuatu yang membuat kita berasa gelisah dan tidak tenang. Apalagi kalau dia telah menyedari bahwa perbuatan kita tidak benar. Setiap hari kita akan dihantui oleh rasa bersalah atau berdosa. Hanya dengan kemaafan hati kita akan kembali tenang.
 
Dan yang pasti kita tidak perlu untuk menunggu Hari Raya untuk melakukannya. Jika kita tahu bahwa kita sememangnya bersalah, segeralah memohon maaf dan setiap hari sebelum tidur maafi semua orang semoga hidup kita lebih tenang dan sempurna.
 https://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-ash4/1003648_494323787314877_1591467711_n.jpg
Jadikan Maaf Amalan Hidup Kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan