Disini saya nak memperkenalkan 10 jeneral perang dunia ke 2 yg terkenal antara jeneral-jeneral perang dunia ke 2
1. Isoroku Yamamoto:
Dikenali sebagai tok dalang atau mastermind bagi
serangan Pearl Harbor.
Isoroku Yamamoto merupakan Ketua Marsyal Tentera Laut terkemuka Jepun yang telah memperkenalkan beberapa perubahan radikal
Tentera Laut Imperal Jepun.
Isoroku Yamamoto dilahirkan pada 4 April 1884 di Niigata, Jepun. Menamatkan pengajian di
Akademi Tentera Laut Imperal Jepun pada 1904 dan menyambung pengajian di
Universiti Havard dari 1919 hingga 1921.
Isoroku Yamamoto mati pada 18 April 1943 apabila kepal terbangnya terhempas dalam serangan hendap oleh pesawat pejuang Amerika.
2. Erich von Manstein :
Dianggap sebagai perancang strategi tentera terbaik dalam sejarah Jerman.
Erich von Manstein mendapat pangkat Marsyal medan semasa
Perang Dunia ke dua
apabila tentera Jerman mecapai kemenangan dibawah kepimpinan
cemerlangnya di Sevastopol, Kerch, Perekop Isthmus dan Kharkov. Selepas
kekalahan Nazi Jerman,
Erich von Manstein ditahan oleh tentera British pada 23 Ogos 1945. Apabila dibebaskan pada 1953,
Erich von Manstein
menyertai Kerajaan Jerman Barat sebagai penasihat ketenteraan. Sebagai
seorang penyiasat sejarah, beliau menulis sbuah buku bertajuk
Verlorene Siege(Kemenangan yg hilang), yang menggambarkan pengalaman dan ideanya sendiri seperti yang dialami semasa tahun 1930an dan 1940an
3. Omar Bradley
Sangat dikenali kerana sifat sopan dan berbudi bahasanya,
Omar Nelson Bradley adalah Jeneral Amerika pada
Perang Dunia ke 2 yang dikesan menyumbang dalam pendaratan di Normany serta dalam peperangan Buldge. Sejak dari kecil,
Omar Bradley mempunyai minat yang tinggi dalam besbol,buku-buku dan menembak. Dalam arus perdana media Amerika,
Omar Bradley
dikatekorikan sebagai General yang baik yang tidak pernah menunjuk2
kuasanya dan kebolehan memerintahnya kepada pegawai dan tentera dibawah
kepimpinannya.
Omar Nelson Bradley meninggal pada 8 April 1981di New York pada umur 88 tahun.
4. Henry Arnold :
Dilahirkan dalam keluarga yang terkenal di
Pennsylvania,
Henry Harley “Hap” Arnold
sangat dikenali kerana memegang pingat Jeneral tentera darat dan
kemudiannya Jeneral tentera udara. Antara tentera udara pertama dunia,
sehingga akhir hayatnya,
Henry Arnold satu-satunya
Jeneral tentera udara yang mempunyai 5 bintang pada uniform. Sepanjang
kepimpinan beliau yang cemerlang, Tentera Udara US mencapai beberapa
kemenangan luarbiasa dalam menentang kuasa besar.
5. Georgy Zhurkov:
Salah satu
Jeneral yang sangat dikenali dalam
Empayar rusia, Persekutuan Rusia dan kesatuan Soviet.
Georgy Zhurkov memainkan peranan penting dalam memimpin tentera merah semasa
Perang Dunia kedua dan menawan
ibu negara Jerman, Berlin. Georgy Konstantinovich Zhukov dilahirkan pada 1 Disember 1896 dalam sebuah keluarga miskin,
Georgy Zhurkov
kemudiannya pergi ke Moscow untuk bekerja sebagai pembuat jubah. Beliau
digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sikap tidak pernah berputus
asa dan berdisiplin. Baliau juga diingati kerana kekerasannya dan
perancangan yang rapi.
6. Bernard Montgomery:
Bernard Law Montgomery juga dikenali dengan nama “
Jeneral Spartan“, seorang pegawai terkemuka bagi Tentera British.
Bernard Montgomery tidak hanya terlibat dalam
Perang Dunia pertama, tapi beliau juga memainkan peranan penting dalam
Perang Dunia ke 2
bagi memastikan kemenangan untuk tertera ke 8-nya ketika menentang
pihak bersekutu pada 1942. Jeneral Montgomery adalah orang yang menerima
penyerahan kalah tentera Jerman di
Luneburg Heath pada 4 Mei 1945.
Bernard Montgomery juga telah memenangi beberapa anugerah berprestij. Beliau menghembus nafas terkhirnya pada 24 Mac 1976 dirumahnya di Hampshire.
7. Douglas MacArthur:
Douglas MacArthur adalah seorang pahlawan terkenal yang memainkan peranan penting dalam Perang Pasifik semasa
Perang Dunia ke 2 yang akhirnya mencapai kemuncak dengan
pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang memaksa
Jepun menyerah kalah.
Atas khidmat cemerlang beliau dalam Kempen Filipina, Jeneral MacArthur
telah dianugerahkan Pingat Kehormatan. Selain daripada berkhidmat
sebagai Penguasa Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat di West
Point, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Tentera kepada
Kerajaan Komanwel Filipina
8. Dwight D. Eisenhower :
Satu landasan diperlukan pada
Perang Dunia ke 2,
Dwight David ”Ike” Eisenhower adalah Jeneral tertinggi Tentera Bersekutu di Eropah. Beliau memainkan peranan utama dalam menumpaskan
Nazi Jerman. Selepas
Perang Dunia ke 2 berakhir, beliau dilantik menjadi
Komander tertinggi NATO pertama dan selepas itu menjadi
Presiden Amerika ke 34.
Dwight D. Eisenhower
, seorang tokoh perang dan politik ini akhirnya meninggalkan kehidupan
yang berprestij dan terhormat apabila menghembukan nafas terakhir pada
28 Mac 1969.
9. Erwin Rommel :
Erwin Rommel dihormati kerana kemuliaanya oleh tenteranya dan musuhnya.
Erwin Johannes Eugen Rommel adalah Marshal Medan Jerman semasa
perang dunia ke 2
yang mengetuai pasukan Jerman menetang tentera bersekutu semasa
pencerobohan Normandy. Erwin Rommel dikira sebagai seorang komander yang
berpengalaman dalam perang gurun dan digelar “
Desert Fox“. Sepanjang perkhidmatannya, beliau tidak pernah dituduh atas tuduhan jenayah perang dan
Erwin Rommel menentang pembunuhan tawanan perang atau orang awam.
10. George S. Patton :
Akhir sekali, Jeneral
perang dunia ke 2 yang paling cemerlang,
George Smith Patton, Jr.. Seorang yang mempunyai pelbagai karektor, dan seorang yang pakar dalam berbicara.
Jeneral George S. Patton
sangat dikenali kerana keberaniannya, seorang yang bukan ortodoks dan
sorang yang kecoh diantara kawan-kawan dan didalam senarai musuh.
Dibawah kepimpinan bijak beliau, Tentera ke 3 Amerika menawan dan
membebaskan pengganas lebih cepat dari tentera lain dalam sejarah.
Adolf Hitler
memberinya nama samaran “Jeneral koboi gila”. George S. Patton juga
digambarkan dalam sebuah filem yang memenangi Academy Award iaitu
“Patton”
http://alongxp.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan