Isnin, 21 Oktober 2013

10 jeneral perang dunia ke 2 yg terkenal

Disini saya nak memperkenalkan 10 jeneral perang dunia ke 2 yg terkenal antara jeneral-jeneral perang dunia ke 2

1. Isoroku Yamamoto:

Isoroku Yamamoto
Dikenali sebagai tok dalang atau mastermind bagi serangan  Pearl Harbor. Isoroku Yamamoto merupakan Ketua Marsyal Tentera Laut terkemuka Jepun yang telah memperkenalkan beberapa perubahan radikal Tentera Laut Imperal Jepun. Isoroku Yamamoto dilahirkan pada 4 April 1884 di Niigata, Jepun. Menamatkan pengajian di Akademi Tentera Laut Imperal Jepun pada 1904 dan menyambung pengajian di Universiti Havard dari 1919 hingga 1921. Isoroku Yamamoto mati pada 18 April 1943 apabila kepal terbangnya terhempas dalam serangan hendap oleh pesawat pejuang Amerika.
 

2. Erich von Manstein :

erich von manstein
Dianggap sebagai perancang strategi tentera terbaik dalam sejarah Jerman. Erich von Manstein mendapat pangkat Marsyal medan semasa Perang Dunia ke dua apabila tentera Jerman mecapai kemenangan dibawah kepimpinan cemerlangnya di Sevastopol, Kerch, Perekop Isthmus dan Kharkov. Selepas kekalahan Nazi Jerman, Erich von Manstein ditahan oleh tentera British pada 23 Ogos 1945. Apabila dibebaskan pada 1953, Erich von Manstein menyertai Kerajaan Jerman Barat sebagai penasihat ketenteraan. Sebagai seorang penyiasat sejarah, beliau menulis sbuah buku bertajuk Verlorene Siege(Kemenangan yg hilang), yang menggambarkan pengalaman dan ideanya sendiri seperti yang dialami semasa tahun 1930an dan 1940an

3. Omar Bradley

omar bradley
Sangat dikenali kerana sifat sopan dan berbudi bahasanya, Omar Nelson Bradley adalah Jeneral Amerika pada Perang Dunia ke 2 yang dikesan menyumbang dalam pendaratan di Normany serta dalam peperangan Buldge. Sejak dari kecil, Omar Bradley mempunyai minat yang tinggi dalam besbol,buku-buku dan menembak. Dalam arus perdana media Amerika, Omar Bradley dikatekorikan sebagai General yang baik yang tidak pernah menunjuk2 kuasanya dan kebolehan memerintahnya kepada pegawai dan tentera dibawah kepimpinannya. Omar Nelson Bradley meninggal pada 8 April 1981di New York pada umur 88 tahun.

4. Henry Arnold :

Henry Arnold
Dilahirkan dalam keluarga yang terkenal di Pennsylvania, Henry Harley “Hap” Arnold sangat dikenali kerana memegang pingat Jeneral tentera darat dan kemudiannya Jeneral tentera udara. Antara tentera udara pertama dunia, sehingga akhir hayatnya, Henry Arnold satu-satunya Jeneral tentera udara yang mempunyai 5 bintang pada uniform. Sepanjang kepimpinan beliau yang cemerlang, Tentera Udara US mencapai beberapa kemenangan luarbiasa dalam menentang kuasa besar.

5. Georgy Zhurkov:

Georgy Zhukov
Salah satu Jeneral yang sangat dikenali dalam Empayar rusia, Persekutuan Rusia dan kesatuan SovietGeorgy Zhurkov memainkan peranan penting dalam memimpin tentera merah semasa Perang Dunia kedua dan menawan ibu negara Jerman, Berlin. Georgy Konstantinovich Zhukov dilahirkan pada 1 Disember 1896 dalam sebuah keluarga miskin, Georgy Zhurkov kemudiannya pergi ke Moscow untuk bekerja sebagai pembuat jubah. Beliau digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sikap tidak pernah berputus asa dan berdisiplin. Baliau juga diingati kerana kekerasannya dan perancangan yang rapi.



6. Bernard Montgomery:

bernard montgomery
Bernard Law Montgomery juga dikenali dengan nama “Jeneral Spartan“, seorang pegawai terkemuka bagi Tentera British. Bernard Montgomery tidak hanya terlibat dalam Perang Dunia pertama, tapi beliau juga memainkan peranan penting dalam Perang Dunia ke 2 bagi memastikan kemenangan untuk tertera ke 8-nya ketika menentang pihak bersekutu pada 1942. Jeneral Montgomery adalah orang yang menerima penyerahan kalah tentera Jerman di Luneburg Heath pada 4 Mei 1945. Bernard Montgomery juga telah memenangi beberapa anugerah berprestij. Beliau menghembus nafas terkhirnya pada 24 Mac 1976 dirumahnya di Hampshire.

7. Douglas MacArthur:

douglas macarthur
Douglas MacArthur adalah seorang pahlawan terkenal yang memainkan peranan penting dalam Perang Pasifik semasa Perang Dunia ke 2 yang akhirnya mencapai kemuncak dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang memaksa Jepun menyerah kalah. Atas khidmat cemerlang beliau dalam Kempen Filipina, Jeneral MacArthur telah dianugerahkan Pingat Kehormatan. Selain daripada berkhidmat sebagai Penguasa Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat di West Point, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Tentera kepada Kerajaan Komanwel Filipina

8. Dwight D. Eisenhower :

dwight d eisenhower
Satu landasan diperlukan pada Perang Dunia ke 2, Dwight David ”Ike” Eisenhower adalah Jeneral tertinggi Tentera Bersekutu di Eropah. Beliau memainkan peranan utama dalam menumpaskan Nazi Jerman. Selepas Perang Dunia ke 2 berakhir, beliau dilantik menjadi Komander tertinggi NATO pertama dan selepas itu menjadi Presiden Amerika ke 34. Dwight D. Eisenhower , seorang tokoh perang dan politik ini akhirnya meninggalkan kehidupan yang berprestij dan terhormat apabila menghembukan nafas terakhir pada 28 Mac 1969.

9. Erwin Rommel :

erwin rommel
Erwin Rommel dihormati kerana kemuliaanya oleh tenteranya dan musuhnya. Erwin Johannes Eugen Rommel adalah Marshal Medan Jerman semasa perang dunia ke 2 yang mengetuai pasukan Jerman menetang tentera bersekutu semasa pencerobohan Normandy. Erwin Rommel dikira sebagai seorang komander yang berpengalaman dalam perang gurun dan digelar “Desert Fox“. Sepanjang perkhidmatannya, beliau tidak pernah dituduh atas tuduhan jenayah perang dan Erwin Rommel menentang pembunuhan tawanan perang atau orang awam.

10. George S. Patton :

george patton
Akhir sekali, Jeneral perang dunia ke 2 yang paling cemerlang, George Smith Patton, Jr.. Seorang yang mempunyai pelbagai karektor, dan seorang yang pakar dalam berbicara. Jeneral George S. Patton sangat dikenali kerana keberaniannya, seorang yang bukan ortodoks dan sorang yang kecoh diantara kawan-kawan dan didalam senarai musuh. Dibawah kepimpinan bijak beliau, Tentera ke 3 Amerika menawan dan membebaskan pengganas lebih cepat dari tentera lain dalam sejarah. Adolf Hitler memberinya nama samaran “Jeneral koboi gila”. George S. Patton juga digambarkan dalam sebuah filem yang memenangi Academy Award iaitu “Patton”
 http://alongxp.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...