Berikut antara 5 wanita paling berpengaruh di Malaysia.
1. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ketujuh sejak May 2000.
Beliau juga merupakan wanita pertama yang memegang jawatan penting
negara tersebut.
2. YB Nurul Izzah Anwar
Beliau merupakan salah seorang pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat
(PKR) dan penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai. Nurul Izzah adalah
anak sulung kepada ketua pembangakang Malaysia, Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Ibunya, Wan Azizah Wan Ismail adalah presiden PKR.
3. Dato' Ambiga Sreenevasan
Ambiga adalah seorang peguam dan merupakan Presiden Malaysian Bar
Council dari tahun 2007 hingga 2009. Dia juga pernah menjadi Pengetua.
Selain itu Ambiga turut dikenali sebagai pengerusi pengajur kepada
perhimpunan BERSIH yang diadakan di Kuala Lumpur yang bertujuan untuk
memaksa kerajaan supaya membersihkan negara dari rasuah, penipuan
pilihanraya, dan serta memperjuangkan hak dan kebebasan bersuara.
4. Datin Rosmah Mansor
Beliau merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri
Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Mereka berkhawin pada tahun 1987. Romah
selalu dikritik terutamanya di laman sosial mengenai sikap boros dan
sering dikatakan mengawal tindak tanduk suaminya. Rosmah sebenarnya
memegang banyak jawatan seperti Presiden BAKTI dan penaung kepada banyak
badan amal dan badan sukan seperti PERMATA, Yayasan Talasemia, Yayasan
Institut Jantung Negara dan juga penaung Persatuan Badminton Malaysia
(BAM).
5. Tan Sri Michelle Yeoh
Michelle Yeoh adalah seorang pelakon bertaraf antarabangsa yang sering
berlakon dalam filem-filem aksi blokbuster Hong Kong yang poplar sekitar
tahun 1990an. Di dunia barat, dia menjadi popular menerusi watak Wai
Lin dalam filem sekuel James Bond pada tahun 1997, Tomorrow Never Dies,
di samping pelakon popular, Pierce Brosnan. Antara filem lakonannya yang
pernah memenangi anugerah berprestij ialah Crouching Tiger Hidden
Dragon dan dari filem itulah dia mendapat pencalonan BAFTA.
http://www.edisiblogger.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan