Namun Simo Hayha merupakan pahlawan Finland yang gigih dan tidak mudah menyerah dalam menghadapi penjajahan besar-besaran Tentera Soviet (Red Army) terhadap negaranya.
Dengan kemampuan yang dimilikinya, dia digelar “White Death” oleh tentera Soviet (musuhnya).
Simo Hayha lahir pada 17 Disember 1905 atau 1906 di sebuah bandar Rautajärvi, Finland berhampiran sempadan Soviet Union. Sebelum itu, Simo Hayha menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk berburu dan bertani.
Pada tahun 1925, Simo Hayha menyertai angkatan bersenjata Finland untuk memenuhi panggilan wajib tentera (tentera Finland). Di saat perang musim dingin bermula pada tahun 1939 antara Finland dengan Soviet, Simo Hayha menyertai Pasukan 6 Jaeger Regiment 34.
Pada saat itulah Simo Hayha memulai tugasnya sebagai seorang sniper.
Pada saat itu pula Simo Hayha bejaya menembak 542 tentera Soviet dan menjadikan kawasan pergunungan di sepanjang sungai Kolla sebagai “Killer Hill” bagi tentera Soviet.
Dia bertempur dalam keadaan suhu yang sangat ekstrim diantara -20 sampai -40 darjah Celsius dengan pakaian camouflage berwarna serba putih.
Simo Hayha menggunakan senapang M28 dan Mosin Nagant Soviet.
Apa yang membuatkan Simo Hayha unik dan hebat adalah dia tidak pernah menggunakan scope (teleskop) seperti yang biasa sniper gunakan.
Dia tidak menggunakan teleskop untuk menembak kerana berpendapat bahwa lensa teleskop dapat memantulkan cahaya matahari yang dapat membongkar penyamaran seorang sniper.
Selain itu cuaca dingin boleh menimbulkan embun pada lensa teleskop yang dapat mengganggu tembakan.
Simo Hayha juga menggunakan senapang Suomi K-31 SMG (Sub Machine Gun) dalam peperangan dan menurut sumber yang tidak diketahui, dia telah membunuh hampir 200 tentera Soviet menggunakan senapang ini.
Peluru itu menghancurkan wajah sebelah kiri Simo. Rakan satu pasukannya pun sempat mengatakan “Setengah wajahnya hilang!!” ketika mereka menolong Simo. Dia mengalami koma hingga akhirnya dia tersedar tujuh hari kemudian, tidak lama setelah perang berakhir.
Simo Hayha ketika usia tua
Simo Hayha meninggal dunia pada tanggal 1 April 2002 pada usia 96 tahun.Ketika di temubual pada tahun 1998 bahawa bagaimana dia boleh menjadi penembak yang hebat, dia menjawab :
“Practice”.
Ketika dia ditanya adakah anda menyesal telah membunuh ramai orang? dia menjawab :
“I did what I was told to as well as I could”.
Sumber : Penpatah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan