Asalamualaikum, apa kahabar semua? diharapkan sihat-sihat belaka,
tahukan anda sakit adalah ujian yang diturunkan allah kepada hambanya,
ini kerana ingin menguji ketaatan dan "keredha" hambanya. Penyakit
kadangkala dijadikan penunduk kepada keegoan dan kesombongan hambanya.
Kerana sebagai manusia kita sentiasa rasa terlalu hebat dengan tubuh
badan yang sihat dan kesihatan yang baik sampai kadang kala lupa pada
sang pencipta :)
Di bawah saya senaraikan sebab-sebab Allah turunkan" sakit" kepada hambanya.
- Asal penyakit datang daripada allah bukan daripada yang lain
- Penyakit didatangkan sebagi ujian kepada manusia (Hambanya)
- Penyakit sebagai salah satu cara penghapus dosa.
- Setiap penyakit yang datang, mesti ada penawar di sebalik kesakitan
- penyakit sebagai azab terhadap dosa yang hambanya lakukan
- Sentiasa mencari hikmah yang tersirat dan tersurat di sebaliknya (penyakit itu diturunkan)
P/s:
Selalunya apabila seseorang itu terkena penyakit itu, pasti dia akan
menjadi pakar mengenai penyakit yang dihadapi, itu antara hikmah yang
tersirat kerana kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari maklumat
cara-cara untuk mencegah dan mengatasi penyakit yang dihadapi, dan
sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi
:)
http://akusobriyaacob.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan