Rabu, 23 Oktober 2013

Kisah Satu Kematian Dalam Ihram… Kena Dengar dan Baca


SEBAGAI seorang umat Islam, antara cita-cita dan harapan kita ialah untuk meninggal dunia di tanah haram iaitu tanah suci Makkatul Mukaramah dan juga untuk menghembuskan nafas terakhir di Madinatul Munawarah tempat bersemadinya jasad baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Bagi jemaah haji dari Malaysia, pastinya ramai yang mempunyai impian sebegitu. Pada tahun ini ada kematian jemaah haji Malaysia direkodkan berlaku kebanyakannya kerana serangan sakit jantung dipilih oleh Allah untuk meninggal dunia di tanah suci Islam itu.

Sempena musim haji tahun ini penulis ingin berkongsi sebuah video sebuah cerita yang diceritakan oleh seorang pendakwah bebas Ustaz Abdullah Khairi yang cukup menyayat hati.
 


Saya pasti para pembaca mynewshub.my akan turut menitiskan air mata tatkala mendengar cerita kematian yang diredhai oleh Allah sepertimana yang diceritakan oleh Ustaz Abdullah.

Beliau menyingkap kembali peristiwa seorang pakcik yang meninggal dunia di atas ribanya tatkala mengucap kalimah Allah ketika pulang dari Mudzaliffah mengutip batu-batu kecil untuk ibadah melontar jamrah.

Video itu selama 12:17 dihasilkan oleh TH Filem sebagai perkongsian bagaimana kematian sebegitu begitu diimpikan oleh seorang umat Islam.

Menurut Ustaz Abdullah, pada ketika awal berada di Makkah arwah pakcik yang diceritakan beliau mendoakan agar dimatikan Allah dalam kain ihram berbeza seperti doa-doa jemaah haji yang lain.

Selepas berada di Makkah mengerjakan haji, akhirnya Allah makbulkan doa pakcik itu dan dikembalikan ke rahmatullah di depan Masjid Khalid Al-Walid, berdekatan Masjidil Haram, dalam keadaan wudhuk selepas solat Subuh dan juga meninggal dunia dalam kain ihram.
 mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...