Isnin, 21 Oktober 2013

Jatuh Bangun Dalam Kehidupan

Jatuh Bangun Dalam Kehidupan | Langit tidak selalu cerah begitulah gambaran kehidupan seorang manusia. Adakalanya sentiasa di landa pelbagai masalah dan dugaan. Lemahnya jiwa tatkala kita di landa dugaan hidup. Kehidupan bukan seindah impian kita. Kehidupan meliputi recah hidup yang berbeza. Setiap individu akan mengalami dugaan yang berbeza dengan individu lain. 
 
Dugaan Itu Pasti
 
Dugaan itu sudah pasti menimpa setiap manusia di muka bumi ini. Tipu jika ada yang mengatakan hidup mereka tiada masalah dan dugaan. Dugaan berbetuk apa yang menimpa manusia? Adakalanya manusia di timpa dugaan kematian orang tersayang, di buang kerja, hidup dalam hutang yang banyak, gagal dalam pelajaran dan pelbagai dugaan yang pasti berbeza mengikut individu. 
 
Bangkit Hadapi Dugaan
 
Usah biarkan diri kita lemah tatkala dugaan datang melanda diri. Tanamkan azam bahawa setiap dugaan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Intailah hikmah itu dan rasailah kemanisan dugaan. Setiap dugaan pasti ada kegemberiaan akan datang. Bahagianya manusia apabila dia sentiasa bersyukur atas dugaan yang menimpa dan tidak pernah kenal erti putus asa. Manusia hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan setiap hasil usaha manusia.
 
Positif Dalam Kehidupan
 
Apabila dugaan dan masalah tiba dalam kehidupan, tenang dan berfikiran positiflah menghadapinya. Nilai positif dalam diri akan menjadi sumber kekuatan untuk kita terus berusaha dan menghadapai setiap dugaan dengan tabah dan sabar. 
"Mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka, dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya." (Al-Furqan:75)
gagal dalam hidup


Teruskan kehidupan dengan meletakkan Allah sebagai kekuatan diri.
menulis menconteng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...