AUSTRALIA. Mufti Australia menggesa umat Islam di Australia melakukan solat hajat memohon hujan susulan kebakaran mega yang makin merebak di tenggara negara itu.
Ibrahim Abu Mohamed meminta 350,000 penduduk Muslim berbuat demikian selepas kebakaran gagal dikawal.
“Solat hajat adalah tradisi dalam Islam. Kami memohon hujan bagi
membantu mengurangkan suhu panas melampau,” katanya dalam laporan dpa.
Sejak minggu lalu, pasukan bomba gagal mengawal kebakaran hutan yang
kini sudah merebak kira-kira 110,000 hektar dan memusnahkan lebih 200
rumah di New South Wales.
Pesuruhjaya
Perkhidmatan Bomba Pedalaman Shane Fitzsimmons berkata, kebakaran
merebak ke Blue Mountains, 70 kilometer barat Sydney susulan angin
kencang, semalam.
“Seramai 70,000 anggota bomba termasuk 1,100 bomba sukarela berusaha
mengawal kebakaran dengan 318 jentera bomba digunakan termasuk 84
pesawat ‘pengebom air’,” katanya.
Menurutnya, terdapat 62 kebakaran aktif dan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius.
“Kami khuatir kebakaran merebak ke bandar Sydney yang mempunyai kepadatan 4.4 juta penduduk,” katanya.
SUMBER : SH, BBC NEws
TAOTAUAJER : Dahsyat, apakah ini bala? apa-apa pun kita doakan supaya keadaan disana menjadi lebih baik, - Koleksi Bencana Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan