Mengapa Allah Menciptakan Hawa Saat Adam Tertidur
Mengapa Allah Menciptakan Hawa Saat Adam Tertidur
| Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan
membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah
sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam
‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit
keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi
Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan
sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan
dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan
tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang
dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah
menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya
akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah,
kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani,
tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan
berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu
yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang
manja, dan seorang isteri yang penurut.
Kedokteran modern telah menetapkan bahawa
seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang
paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak
dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut
untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk
melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut,
sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki
berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia
akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut
adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan
perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
wallahualam
http://pemaniskata.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan