Saya
tidak pernah pun terlintas untuk membuat pizza kerana saya tidak berapa
gemar memakan pizza. Tapi Aween asyik menyebut pasal pizza. Pandai
pulak dia nak memujuk saya dengan mengatakan "mama kenalah buat pizza
juga, barulah ada varities dalam blog mama. Nanti orang tengok masakan
yang sama jer". Hahaha itulah bijak budak kecil tu memainkan perasaan
kita. Memang dia sekarang ni pemakan. Ya lah usia seperti dia yang
tengah membesar. Sampai malam tadi dia minta supaya saya bangun pagi
pagi dan sediakan cucur udang untuk dia makan sebelum ke sekolah, bila
saya beritahu yang saya bekerja hari ini, jadi mesti tak sempat.
Untuk
memujuk Aween, saya mencari resepi pizza yang mudah, ada pizza ekspress
yang hanya menggunakan roti gardenia saja sebagai base. Tapi dia tak
mahu kerana itu bukan original pizza katanya. So apa nak jawab dengan
anak anak yang minta dimasakkan makanan kegemaran. Tiada pilihan
melainkan saya mengajak hubby ke Village Grocer mencari bahan bahan
untuk membuat pizza. Seperti biasa saya akan cari yang mudah dibuat,
menggunakan bahan yang simple dan yang penting, hmmm semestinya
sedaaappp.... Doh ini sangat gebu dan lembut. Saya sangat sangat berpuas
hati.
Sementara
menunggu Aween balik dari sekolah saya menyediakan doh pizza. Hanya
akan dibakar panas panas bila dia hampir sampai di rumah. Sesampai saja
di rumah, dia terus membuat topping pizza sendiri. Jom saya layan anda
semua dengan langkah demi langkah menyediakan doh pizza resepi omputih.
yeah...
Homemade Pizza Dough
Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)
Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
Ayak
tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah
tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis
tadi.
Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.
Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.
Taburkan
tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan
meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak
ke depan dengan kedua dua tangan.
Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh.
Akhir
sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit.
Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2
bahagian
Sapukan
dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk
sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos
pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.
Siaaap doh yang gebu dan lembut ini. Siap untuk diletakkan sos dan topping ...
http://aziejaya.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan